Yang di-Pertua wajib jadualkan undi percaya bagi sidang Parlimen ini

The general election losers are now ruling the country

Aliran mengikut rapat perkembangan semasa di mana Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun enggan menerima 27 usul bagi menguji adakah perdana menteri mempunyai kepercayaan di dalam Dewan.

Ahli Parlimen telah cuba untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Dewan sejak kerajaan Perikatan Nasional merampas kuasa melalui kudeta Mac lalu.

Tanpa mempunyai mandat yang popular dari rakyat, adalah amat penting untuk menguji sama ada perdana menteri mempunyai kepercayaan majoriti dari ahli Parlimen di dalam Dewan.

Sehingga kini, 25 usul undi tidak percaya serta dua usul percaya sudah direkodkan. Namun, semuanya terperuk di bawah kertas aturan tanpa mempunyai peluang untuk diketengahkan.

Alasan yang diberikan mengapa usul ini tidak diketengahkan dan diutamakan sungguh semberono. Yang di-Pertua menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengawal aturan kebiasaan dan memberitahu bahawa hanya seorang menteri sahaja yang dapat memulakan sebarang proses untuk menggerakkan urusan yang tidak berkaitan kerajaan menjadi keutamaan.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan menyatakan tiada keperluan sebab “tiada petunjuk yang jelas bahawa Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin) telah hilang keyakinan Dewan”.

Sehingga sekarang, di dalam pengundian belah bahagi ketika Belanjawan 2021 sejak 26 November, walaupun kerajaan PN muncul sebagai pemenang di dalam pengundian dengan margin tipis, undi paling tinggi yang diterima kerajaan hanya 110 – kurang dua dari majoriti mudah bagi 112 Ahli Parlimen di dalam 222-kerusi Dewan.

Ini membawa makna, walaupun terdapat 27 usul yang terperosok di bawah aturan usul, orang ramai masih tidak jelas adakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai keyakinan majoriti ahli Parlimen. Ianya merupakan penghinaan kepada prinsip demokrasi.

READ MORE:  Peranan Parlimen mengawal dan menegur kerajaan bukan mainan politik

Walaupun benar bahawa perkara melibatkan kerajaan perlu diutamakan di dalam kertas aturan berbanding usul persendirian ahli, namun Azhar sendiri menunjukkan bahawa pada 2015 (sebelum beliau menjadi Yang di-Pertua) bahawa usul tidak percaya adalah berlainan daripada perkara persendirian ahli Dewan. Usul tidak percaya, seperti yang dinyatakan beliau, perlu dijadikan keutamaan mengikut kaedah serta kebiasaan perlembagaan: “Sebuah usul tidak percaya perlu diutamakan di dalam senarai.”

Tampaknya pendirian Azhar sudah berubah sejak beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua oleh kerajaan PN.

Aliran mendesak supaya kerajaan PN serta Yang di-Pertua untuk patuh kepada kebiasaan amalan parlimen Westminster, yang diikuti Malaysia, serta membenarkan usul tidak percaya dan percaya kepada PM dapat didebatkan serta diundi kelak.

Sehingga perkara ini terjadi, Muhyiddin Yassin – serta kerajaannya – tidak mempunyai keabsahan sebagai Perdana Menteri di mata banyak pihak. Mana-mana usul yang diluluskan di dalam persidangan ini juga boleh dipersoalkan selagi mana keabsahan politik kerajaan ini tidak dapat dipastikan.

Sekali pengundian dijalankan, segala keputusan akan diraikan. Cukuplah dengan bolak-balik bermain nombor untuk menarik atau mengekalkan dukungan kuasa.

Dan bila isu ini diselesaikan, ahli Parlimen, ahli politik serta pemimpin yang dipilih perlu fokus kepada permasalahan di dalam tangan. Negara berdepan pandemik serta kemerosotan ekonomi – yang memerlukan perhatian dengan segera tanpa berbelah-bahagi.

Sekurang-kurangnya, inilah yang paling berhak dimiliki rakyat.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
Jawatankuasa eksekutif Aliran

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments