Waran tangkap ICC: Penjenayah perang Netanyahu, Gallant dan Deif mesti dibawa ke muka pengadilan

Tiada negara, tiada pemimpin harus dibenarkan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, apatah lagi genosid, tanpa hukuman

The International Criminal Court

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran mengalu-alukan pengeluaran waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, bekas menteri pertahanan Israel Yoav Gallant dan komander ketenteraan Hamas Mohammed Deif atas dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Lebih seribu rakyat Israel telah dibunuh pada 7 Oktober 2023. Sejak itu, lebih 45,000 rakyat Palestin, termasuk ribuan kanak-kanak dan wanita, telah dibunuh oleh tentera Israel dalam kekerasan yang sistematis dan sembarangan di Gaza. Ribuan rakyat Palestin lain turut terkorban sebelum 7 Oktober 2023.

Di bawah pengeboman dan pengepungan Israel tanpa henti, rakyat Palestin bergelut untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti tempat berteduh, makanan, bahan api, ubat-ubatan dan elektrik.

Genosid yang dilakukan oleh tentera Zionis memerlukan penuntutan keadilan dan akauntabiliti. Undang-undang hak asasi manusia antarabangsa mesti diguna pakai supaya mereka yang pemboleh genosid dan penjenayah perang dapat dibawa ke muka pengadilan.

Kami menggesa para penandatangan Statut Rome untuk bersungguh-sungguh menghormati dan mematuhi waran tangkap ICC. Mereka mesti menyedari bahawa penangkapan sedemikian adalah penting dalam mencegah jenayah terhadap kemanusiaan pada masa hadapan.

Malah negara yang tidak menandatangani Statut Rome, termasuk Malaysia, secara moral wajib bekerjasama dengan ICC.

Sememangnya, kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan semula kedudukannya sekarang dan meratifikasi Statut Rome untuk mengiktiraf ICC. Dengan cara ini, kita juga boleh memainkan peranan dalam menangkap penjenayah perang sekiranya mereka menjejakkan kaki di bumi kita.

Tiada negara, tiada pemimpin harus dibenarkan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, apatah lagi genosid, tanpa hukuman.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 November 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments