:

Tidak boleh diterima! Saifuddin perlu akur gesaan bagi mengkaji semula akta keselamatan yang zalim ini

Aliran menyeru kerajaan bagi menangguhkan penggunaan Sosma dan melibatkan pihak berkepentingan bagi menghapuskan aspek yang zalim dari akta ini

Remember this?

Aliran menyeru agar Menteri Dalam Negeri yang baharu, Saifuddin Nasution Ismail, supaya mematuhi gesaan masyarakat sivil serta individu supaya mengkaji semula undang-undang keselamatan Malaysia yang menindas iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Cukup membimbangkan jika Saifuddin memilih untuk menutup mata terhadap unsur-unsur di dalam Sosma yang tidak demokratik dan tidak berperikemanusiaan.

Ironinya, Saifuddin berasal dari sebuah parti politik iaitu PKR yang muncul daripada gerakan Reformasi tanah air. Beliau tidak perlu diingatkan bagaimana begitu ramai aktivis Reformasi sering menjadi mangsa undang-undang yang menindas.

Sosma adalah undang-undang yang tidak demokratik kerana ia masih mempunyai peruntukan bagi melakukan penahanan tanpa bicara selama 28 hari. Saifuddin sepatutnya tahu akan perkara ini kerana rakannya sendiri dalam parti PKR, Maria Chin Abdullah, yang ketika itu pengerusi Bersih, menjadi mangsa undang-undang ini.

Satu klausa yang tidak demokratik di dalam undang-undang ini adalah dengan tidak membenarkan jaminan, yang bermakna seseorang tertuduh boleh ditahan dalam tempoh yang begitu lama sehingga mahkamah akhirnya menyelesaikan kesnya. Ketidakadilan akan dirasai terutamanya jika tertuduh akhirnya didapati tidak bersalah. Banyak kes telah dilaporkan pada masa lalu melibatkan penderaan yang dialami oleh mereka yang ditahan di bawah undang-undang ini.

Undang-undang yang pincang hendaklah dipinda atau dimansuhkan supaya sesiapa yang berkuasa tidak akan dapat menyalahgunakannya bagi tujuan mereka sendiri. Kegagalan untuk meminda atau memansuhkan Sosma akan meletakkan pemimpin baharu Malaysia pada kedudukan yang sama seperti pendahulu mereka: mereka akan dilihat gagal dalam meningkatkan tahap demokrasi negara kita.

Pentadbiran baharu ini harus membuat perubahan berkenaan bagaimana cara setiap orang dilayan di bawah undang-undang. Tiada sesiapa yang patut dinafikan hak asasi demokrasi mereka atau dilayan secara tidak manusiawi. Terdapat undang-undang yang mencukupi bagi menangani isu keselamatan dan kestabilan negara.

READ MORE:  Najib disabit kesalahan: Laungan keadilan bagi negara – C4

Aliran menyeru kerajaan bagi menangguhkan penggunaan Sosma dan melibatkan pihak berkepentingan untuk menghapuskan undang-undang zalim ini, terutamanya melibatkan penafian jaminan dan kekurangan akses segera kepada mahkamah dan peguam.

Jawatankuasa eksekutif Aliran

15 Disember 2022

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments