Tamatkan keganasan, kembali ke meja rundingan

Perkara ini memerlukan sebuah rundingan yang adil untuk penyelesaiannya, kerana tidak akan wujud keamanan yang berkekalan tanpa keadilan

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran mengutuk kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah dalam kalangan rakyat Palestin dan Israel akibat peningkatan keganasan yang berlaku sekarang.

Peperangan yang tidak bermakna dan tidak berperikemanusiaan ini mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan yang tidak terperi.

Kami mengutuk dan menentang sebarang serangan terhadap orang awam yang tidak bersalah. PBB mempunyai kewajipan bagi menuntut gencatan segala bentuk keganasan.

Kita mesti menganalisa insiden serta serangan yang dahsyat yang sedang berlaku sekarang ini dalam konteks sejarah yang sebenar. Keganasan yang berterusan ini tidak dicetuskan oleh serangan baru-baru ini oleh Hamas ke atas Israel. Beribu-ribu rakyat Palestin telah menderita sejak sekian lama di bawah pasukan tentera penjajah Israel.

Jadi kita perlu mendalami serangan terbaru Hamas dalam konteks sejarah yang lebih luas. Ini bukan untuk mewajarkan sebarang bentuk keganasan tetapi untuk mengingatkan diri kita bahawa penjajahan selama beberapa dekad dan keganasan terhadap rakyat Palestin sekali gus membawa kepada penentangan dan juga tindak balas ganas.

Ini bukan sebuah ‘perang’ atau ‘konflik’ antara dua pihak yang sama kuat. Ini adalah keganasan tidak seimbang yang melibatkan negara yang ditindas serta dijajah dengan sebuah negara penjajah yang berkuasa serta lengkap bersenjata.

Punca kepada segala bentuk keganasan ini terletak pada perampasan terhadap rakyat Palestin ke atas rumah mereka, pendudukan di wilayah Palestin, pengepungan yang mencengkam di Gaza, serta rampasan tanah dan sekatan di Tebing Barat.

Ia memerlukan sebuah penyelesaian melalui rundingan, kerana tanpanya tidak akan wujud keamanan yang berkekalan tanpa keadilan.

Kami juga mendesak agar dilakukan tindakan berikut:

  • Hentikan sekatan dan kepungan di Gaza, dan bukannya terus memperketatkannya. Jangan gunakan pemotongan elektrik, air dan minyak terhadap orang awam sebagai senjata perang. Selesaikan isu kekurangan makanan dan ubatan yang berlaku sekarang
  • Hentikan perampasan hak ke atas warga Palestin dan iktiraf hak untuk menentukan diri mereka  
  • Tamatkan penjajahan Palestin oleh Israel, pulangkan semua tanah yang dirampas oleh peneroka di Tebing Barat
  • Beri hak kepada semua pelarian untuk pulang ke rumah mereka
  • Bebaskan semua banduan dan tawanan di kedua-dua belah pihak, termasuklah lebih 5,000 orang Palestin ditahan oleh Israel
  • Hentikan keganasan dan pertumpahan darah

Kita semua, tanpa mengira etnik, agama dan negara, adalah warga anak semua bangsa. Kami mendesak semua pihak untuk kembali ke meja rundingan secepat mungkin dan mencapai penyelesaian yang adil.

Katakan tidak kepada keganasan dan penjajahan dan semoga keamanan dan keadilan wujud.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
10 Oktober 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments