Sokong ketua polis dengan tindakan jelas bagi membersihkan pasukan polis

41 views
Hamid Bador - THE STAR

Pendedahan Ketua Polis Negara Hamid Bador berkenaan ‘kartel’ yang disyaki beroperasi di dalam pasukan polis menguatkan keperluan mereformasi pasukan polis, sepertimana yang dituntut oleh banyak pihak.

Ianya sungguh menggusarkan bagi mengetahui tentang percubaan untuk menjatuhkan Hamid selepas beliau mendedahkan ada pegawai yang terlibat dengan salahlaku.

Rasuah berlaku dengan berleluasa di dalam pasukan polis, seperti yang dinyatakan oleh ketua polis, sekaligus memberi kesan kepada keadilan, jika pegawai dikelabui oleh keuntungan material dengan menidakkan salahlaku.

Rakyat Malaysia patut bersama Hamid, yang mahu membersihkan pasukan polis sebelum persaraannya.

Pelbagai kumpulan serta individu menggesa agar tindakan tegas dijalankan, seperti membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengembalikan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (bagi menggantikan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis pada tahun lalu) serta menubuhkan suruhanjaya inkuiri diraja.

Hamid sendiri mungkin mahu menyelesaikan isu ini secara dalaman, namun ianya sesuatu yang sukar, jika tidak mustahil.

Melihat kepada kepentingan perkara ini, Aliran mendesak kerajaan agar mendengar tuntutan dari orang awam, lebih-lebih lagi bagi menubuhkan sebuah suruhanjaya inkuiri bebas diraja.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 Mac 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments