Siasat sikap pegawai SPRM

HEBI B/PIXABAY

Aliran memerhati dengan prihatin akan sebuah laporan media berkenaan peristiwa di mana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang nampaknya bertindak kasar terhadap petani dan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ketika mereka hadir ke pejabat SPRM di Putrajaya bagi membuat laporan.

Aliran terkejut bahawa seorang pegawai dari sebuah agensi kerajaan dapat bertindak cukup angkuh terhadap mereka yang datang ke pejabat kerajaan bagi sebuah tujuan yang sah. Kami mendapat tahu bahawa beberapa rakan sejawat pegawai itu kemudiannya memohon maaf bagi pihaknya. Namun ia tidak menyelesaikan segalanya.

Pegawai kerajaan harus ingat peranan mereka dan pada siapa mereka harus berkhidmat. Sebagai seorang pegawai yang diberikan kepercayaan untuk berkhidmat kepada rakyat, mereka sepatutnya berbudi bahasa dan profesional ketika menjalankan tugas mereka.

Mereka juga ada kewajipan untuk menggunakan kuasa dengan bertanggungjawab. Mereka perlu menjelaskan dengan tenang protokol agensi mereka terhadap anggota masyarakat – jika benar terdapat pelanggaran protokol yang terjadi.

Pun begitu, ia sebuah kontradiksi jika agensi pencegahan rasuah sebegini ada protokol yang membuatkan ia cukup sukar bagi anggota masyarakat untuk mempunyai kemudahan berurusan dengan pegawai penyiasat.

Protokol sebegini untuk melindungi siapa? Tidakkah protokol sebegini, ditambah lagi dengan sikap antagonis dari pihak berkuasa, akan menyukarkan orang ramai dari membuat laporan terhadap mereka yang mempunyai kepentingan peribadi?

Kepercayaan awam terhadap MACC sudah pun goyah selepas beberapa peristiwa, antaranya termasuklah kes kematian Teoh Beng Hock dan, baru-baru ini, dakwaan melibatkan percanggahan kepentingan melibatkan ketua pesuruhjaya SPRM.

Adakah ini caranya untuk mengeluarkan negara kita dari keadaan yang teruk sekarang ini?

Aliran menggesa SPRM untuk menyiasat peristiwa ini secara menyeluruh dan mengambil tindakan bagi memastikan perkara sebegini tidak lagi berlaku.

READ MORE:  Percanggahan kenyataan Suruhanjaya Sekuriti dengan peraturan pegawai awam (Malay/English)

Di dalam semangat “keluarga Malaysia”, SPRM sepatutnya memohon maaf terhadap mereka yang terkesan dengan tindakan pegawainya ini.

Kami juga mendesak agar SPRM menyiasat secara telus kandungan laporan yang disediakan pengadu berkaitan penjualan tanah negeri.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
22 April 2022

Terjemahan oleh: Zikri Rahman



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Nik Azhar Bin Nik Abdullah
Nik Azhar Bin Nik Abdullah
24 Apr 2022 2.34pm

Hal seperti demikian tidak sepatutnya berlaku. Memalukan seluruh Jabatan. Perlanggaran RUKUN NEGARA yang serius. Pegawai yang tidak beretika dan beradab itu seharusnya ditukarkan ke jabatan lain atau yang lebih sesuai dengan perilakunya.