Serangan Israel ke atas Baitulmuqaddis perlu dihentikan

Aliran mengutuk pencerobohan pihak berkuasa Israel ke Masjid Al-Aqsa yang mengakibatkan ratusan jemaah Muslim cedera, termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Menurut beberapa sumber media, pihak berkuasa Israel menceroboh ke kawasan masjid dengan memakai but serta bersenjata penuh, sekaligus sengaja mencemarkan tapak suci ketiga umat Islam itu, yang juga merupakan tapak warisan dunia Unesco.

Tidak cukup dengan itu, serangan turut berlaku ketika bulan Ramadan yang suci, mengakibatkan kemarahan serta memalukan para penganut yang berada di sana menjalankan kewajiban beragama.

Tindakan keras pihak berkuasa Israel tidak menyumbang kepada masa depan untuk keamanan bagi bandar bersejarah Jerusalem serta rantau Asia Barat.

Ketegangan memuncak dengan perancangan untuk menggusur beberapa keluarga dari kejiranan Sheikh Jarrah di Baitulmuqaddis Timur. Tindakan ini merupakan sebuah pembersihan etnik dengan tujuan untuk mengubah etnik Arab serta ciri politik di bahagian bandar lama itu.

Kelompok sayap kanan radikal mengakibatkan ketegangan untuk memuncak yang mengancam keadaan rumit yang berlaku di sana.

Segala tindakan sekaligus membahayakan keselamatan para jemaah, mencalar maruah para rakyat Palestin yang berhadapan penggusuran, serta mencemar kesucian bandar bersejarah ini.

Turut menggusarkan adalah keganasan yang semakin berleluasa di terusan Gaza di antara pasukan pejuang Palestin dan pihak penjajah Israel.

Keadaan ini tidak boleh diterima. Kami menuntut kerajaan Malaysia, terutamanya Hadi Awang, selaku duta khas ke Asia Barat, untuk memulakan usaha diplomatik bagi menghentikan keganasan sewenang-wenangnya oleh Israel serta membendung keganasan di rantau itu.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
11 Mei 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Johnson Chong
Johnson Chong
16 May 2021 7.40pm

Why was there no report of Palestinians beating up Jews in the first place. Its only when Israel retaliates than it become news worlwide.