:

Selepas kegusaran terhadap lantikan kabinet, pentadbiran Anwar harus memperkukuh kawal dan imbang

Libatkan juruaudit forensik luar bagi menyemak semua perbelanjaan kerajaan yang telah diluluskan semasa Parlimen digantung

Aliran teruja selepas tertangguh sekian lama, Perdana Menteri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan barisan kabinet untuk kerajaannya yang terdiri dari beberapa gabungan.

Kami sedar ia bukanlah satu tugas yang mudah kerana terdapat begitu banyak gabungan dan parti yang mempunyai kepentingan berbeza untuk dilibatkan dan dipertimbangkan, sementara cuba membentuk kabinet yang cekap, berwibawa dan terangkum.

Kami juga menyedari bahawa ini adalah masa yang luar biasa dengan ancaman pembangkang berasaskan etnik-agama yang boleh mengubah struktur masyarakat Malaysia jika ia merampas kuasa.

Pertama, dikongsikan kekecewaan kami:

Kami amat bimbang melihat Zahid Hamidi telah disenarai masuk ke dalam kabinet, memandangkan kes-kes mahkamahnya yang sedang berlangsung melibatkan rasuah. Tidak dinafikan, hal ini berlaku atas pertimbangan kepentingan politik semasa.

Keputusan PM untuk mengambil portfolio kewangan – walaupun beliau “tidak berkecenderungan” – juga membimbangkan, kerana ia mengurangkan kawal dan imbang ke atas mereka yang menerajui kementerian. Anwar berkata beliau memerlukan portfolio ini untuk menyemai keyakinan dalam ekonomi “pada peringkat awal” – jadi beliau harus memastikan beliau tidak memegang portfolio melebihi jangka masa ini.

Kami juga bimbang tentang ‘pelantikan pintu belakang’ melibatkan mereka yang kalah dalam pilihan raya umum. Pelantikan menteri melalui laluan senator hanya patut dibuat dalam keadaan luar biasa, di mana kepakaran yang diperlukan tidak boleh didapati dalam kabinet.

Kini, dikongsikan pula aspek positif:

Kami gembira kerana kabinet kali ini lebih berbilang kaum dan terangkum, dengan lebih ramai perwakilan dari Sabah dan Sarawak serta lebih ramai wanita. Tetapi dengan hanya lima wanita (18%) dalam kabinet 28 menteri, ia masih kurang untuk membentuk kabinet yang seimbang dari segi jantina.

READ MORE:  Anwar's cabinet assembled

Untuk meredakan kegelisahan orang ramai, Anwar harus mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kawal dan imbang di dalam pentadbirannya..

  • Tingkatkan kemandirian bagi proses untuk memilih peguam negara dan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melalui jawatankuasa pilihan parlimen dwipartisan
  • Calonkan orang yang berwibawa sebagai Speaker Parlimen
  • Asingkan peranan pendakwa raya daripada Jabatan Peguam Negara
  • Rombak Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman untuk menghapuskan sebarang pengaruh yang mungkin ada pada perdana menteri dalam pemilihan hakim melalui pelantikannya ke suruhanjaya itu
  • Benarkan kabinet bayangan pembangkang dan jawatankuasa pilihan parlimen menjalankan pengawasan parlimen ke atas fungsi menteri utama

Sementara perkara ini sedang dilakukan, kabinet baharu juga harus turun padang bagi menangani isu-isu ekonomi harian, mengurangkan kos sara hidup rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka – iaitu perkara pertama dalam Agenda Rakyat, seperti yang didukung oleh lebih 50 kumpulan masyarakat sivil .

Satu lagi keutamaan utama ialah pembaharuan pendidikan untuk memberi generasi akan datang peluang untuk memperkasakan diri mereka dalam laluan kerjaya mereka.

Kabinet juga harus melibatkan juruaudit forensik luar bagi menyemak semua perbelanjaan kerajaan yang telah diluluskan semasa tempoh Parlimen digantung oleh pentadbiran Mahiaddin Yasin.

Tugas ini cukup mencabar dan kabinet mempunyai jalan yang sukar di hadapan. Kami mengucapkan yang terbaik kepada PM baharu dan pasukannya.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
3 Disember 2022

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments