Segera: Beri perlindungan kepada pemberi maklumat dalam kes rasuah ahli dewan undangan negeri

NASIR HASHIM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pendedahan pemberi maklumat bahawa beberapa ahli dewan undangan negeri terlibat dalam skandal rasuah besar adalah cukup serius untuk memerlukan siasatan segera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Apa yang turut penting adalah pemberi maklumat mesti diberikan perlindungan oleh kerajaan daripada kemungkinan gangguan daripada pihak yang terlibat yang mempunyai pengaruh politik.

Individu yang mendedahkan rasuah dan sanggup tampil dengan bukti mesti diberi galakan, tanpa rasa takut terhadap tindak balas daripada mereka yang dikatakan bersalah.

Kepantasan SPRM bertindak terhadap rayuan perlindungan pemberi maklumat akan menjadi ukuran kesungguhan kerajaan dalam memerangi rasuah dalam masyarakat kita.

Tindakan pantas akan menghantar mesej penting bahawa pemimpin politik mesti mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan mereka. Jika sebaliknya, ia merupakan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

Pemimpin-pemimpin politik ini, jika didapati bersalah menyalahgunakan dana awam, mesti dibawa ke muka pengadilan tanpa mengira ideologi dan kesetiaan politik mereka.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
11 November 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments