Reformasi polis segera diperlukan: IPCMC tidak boleh ditangguh lagi

Dengan integriti polis dipersoal dan kepercayaan awam semakin terhakis, masa untuk menubuh suruhanjaya aduan polis bebas adalah sekarang

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Sesebuah institusi awam adalah sebaik kepercayaan dan rasa hormat yang diberikan orang awam kepadanya.

Kami, di Aliran, berkongsi kebimbangan Ketua Polis Negara Razarudin Husain. Integriti pasukan polisnya telah terjejas. Beberapa pegawai telah ditangkap kerana kesalahan dadah, penyalahgunaan kuasa dan aktiviti jenayah lain.

Sememangnya, polis sepatutnya menegakkan undang-undang dan mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam – bukan melanggar undang-undang. Salah laku yang menjijikkan tidak boleh diterima kerana ia merupakan pengabaian tugas yang teruk.

Keadaan yang serius ini menuntut penubuhan “suruhanjaya bebas aduan salah laku polis” (IPCMC), yang disyorkan oleh suruhanjaya diraja siasatan terhadap polis pada 2005.

Jelas bahawa Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sedia ada kurang berkesan dalam mencapai objektif utamanya untuk mengawasi tingkah laku pasukan polis.

Oleh itu, kami menyeru pihak berkuasa untuk menubuhkan IPCMC bagi membendung sebarang hakisan integriti dalam pasukan polis.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
16 November 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments