Ramli Ibrahim dilarang: Menjerut minda, menyempit pandangan

43 views
Ramli Ibrahim - FACEBOOK

Aliran terkejut dengan berita bahawa Universiti Teknologi Malaysia membatalkan bual bicara maya “Perkongsian Seni Tarian Merentas Bangsa” oleh Ramli Ibrahim, penari tersohor dunia, yang sepatutnya menjadi sebahagian Minggu Seni Tun Razak yang dikelolakan mahasiswa.

Khabarnya dibatalkan kerana nasihat dari Pusat Islam UTM, yang mengatakan bahawa perbincangan berkenaan seni tari rentas budaya tidak bersesuaian.

Pihak pentadbiran UTM menjelaskan bahawa keputusan untuk membatalkannya adalah mengikut garis panduan berkenaan acara seni dan budaya di mana semua program hendaklah dirujuk dan mendapat kebenaran daripada Pusat Islam UTM. Nampaknya, “Pusat Islam UTM menasihati berdasarkan keputusan university, dengan menekankan kandungan acara yang tidak menyinggung mana-mana pihak serta mengimbang pelbagai aspek merangkumi kerencaman, kesejahteraan serta kerohanian.”

Penjelasan bagi ‘tidak mengundang’ Ramli Ibrahim ini tidak masuk akal. Asas di dalam membuat keputusan yang tidak jelas dalam mengenalpasti siapa yang berpotensi untuk tersinggung perasaan dan bagaimana ianya dapat mengelak dari menggalakkan kerencaman ini perlu diperjelaskan lanjut.

Jika tidak, ianya mencerminkan kewujudan pemikiran totok yang merbahaya di dalam institusi pendidikan.

Bagaimana negara ini akan mempunyai generasi yang berupaya untuk berfikir jika saatnya sesuatu yang baru atau berbeza dari arus kebiasaan muncul, ianya akan disorokkan, dinafikan akses kepada orang awam serta dijauhkan – bahkan, lebih teruk, disiasat polis. Nampaknya, perkara ini semakin menjadi-jadi dengan lebih kerap.

Para pendidik yang sedar diri tahu bahawa untuk mendidik generasi yang berfikir, ianya adalah penting untuk mendedahkan warga kepada idea yang berbeza, pengalaman lain, serta cara fikir dan perbincangan yang berbeza. Merasa teruja atau tidak pasti dengan sesuatu yang baru atau berbeza merupakan sebahagian dari proses pembelajaran. Jika tidak, bagaimana minda akan berkembang?

READ MORE:  Uninviting Ramli Ibrahim: Suffocating minds, narrowing views

Sungguh tidak munasabah bagaimana bual bicara tentang seni tari yang merentas kaum, yang sangat diperlukan saat negara kita memerlukan perpaduan, tiba-tiba ditanggapi sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan barangkali menyinggung perasaan. Apa yang mengakibatkan ketidakrasionalan ini? Apa yang menyebabkan ketakutan? Siapa dalang di sebalik agenda ini?

Setiap kali ruang untuk diskusi dan berfikir di luar kotak dijerut, kita akan tercekik. Setiap kali sesetengah naratif dipaksa untuk kita telan, kita pasti tercekik lebih teruk. Fikirkan kesannya kepada anak muda, lebih-lebih lagi pada masyarakat kita, yang mempunyai kerencaman etnik dan agama yang luas.

Kita akhirnya akan menjadi bangsa yang tidak berfikir serta tidak toleransi – seakan-akan biri-biri yang membuta-tuli mengikut ketua pengembala yang membuta-tuli. Perkara ini sudah pun terjadi, dengan melihat apa yang terjadi di sekeliling kita.

Peristiwa melibatkan Ramli Ibrahim ini sebuah kesilapan besar, peluang yang terlepas bagi kita semua. Jika sebuah universiti menutup ruang berfikir dan belajar; apabila universiti bertindak mengawal tidak dipacu semangat intelektual bagi membuat pilihan untuk belajar dan dengan siapa; apabila universiti terang-terang melondehkan biasnya; ia akhirnya akan menjadi sempit dan tidak relevan kepada dunia.

Aliran mendesak UTM untuk memikirkan semula keputusannya dan merenung semula apa maknanya menjadi sebuah institusi pendidikan. Universiti tempatan perlu kembali memainkan peranan utama bagi memperluas minda dan pembelajaran, apatah lagi di dalam masyarakat serencam kita.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
8 Jun 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments