Protes aman: Bukanlah rusuhan namun sebahagian dari asam garam demokrasi

Uphold the right to freedom of assembly - THEMALAYSIANINSIDER.COM

Perhimpunan aman menyediakan ruang kepada rakyat di sebuah negara demokrasi untuk menyatakan pandangan dan rungutan mereka secara kolektif.

Hak untuk berhimpun, yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, memastikan hak rakyat untuk berhimpun dan protes secara aman.

Sepanjang sejarah negara, beberapa perhimpunan awam membantu dalam memajukan negara, serta dari pelbagai sudut, membantu kerajaan untuk bertanggungjawab.

Sepertimana Bersih dengan penuh takzim menjelaskan kepada Sultan Johor berkenaan pandangan mereka tentang protes jalanan, negara kita juga dilahirkan dari gerakan protes dalam menuntut kemerdekaan dari British.

Kita mengingati bagaimana Putera-AMCJA (Putera-Majlis Bertindak Bersama Se-Malaya) menganjurkan hartal aman pada 1947 bagi  melobi “Cadangan Perlembagaan Rakyat” mereka.

Ramai di antara kita juga menyaksikan demonstrasi yang kebanyakannya aman seperti Reformasi, yang menyeru agar dijalankan reformasi politik secara meluas, serta perhimpunan Bersih, yang mendesak agar reformasi pengundian dan penghapusan rasuah dapat dijalankan.

Ramai juga di antara kita merupakan sebagian dari perhimpunan aman mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan serta protes bagi menyeru gaji minima. Dan jangan kita lupa juga pada “hartal doktor kontrak” serta protes “tangkap Azam Baki”.

Protes rakyat sudah pun menjadi sebahagian dari budaya Malaysia untuk sekian lamanya.

Misalnya, perhimpunan aman, bersama dengan advokasi berterusan tentang sesuatu isu, berhasil dalam memastikan reformasi dapat dilakukan. Dalam banyak hal, perjuangan untuk perubahan tetap akan berlangsung.

Perhimpunan aman, dalam bentuk apa sekalipun, menyediakan ruang kepada rakyat untuk menyatakan rungutan mereka. Perhimpunan aman sepatutnya tidak ditakuti atau ditanggapi sebagai ‘rusuhan’.

Sebaliknya, kerajaan sepatutnya menerima dan memudahkan protes aman bagi memastikan suara rakyat dapat didengari.

READ MORE:  Lawyers' walk: How the police failed

Melihat kepada keperluan protes aman, Aliran sekali gus terkejut apabila mendapat tahu bahawa polis menghalang percubaan Majlis Peguam baru-baru ini untuk berjalan secara aman ke Parlimen bagi mendukung kebebasan kehakiman. Ini bertentangan dengan beberapa protes dan aksi berjalan sebelumnya yang dilakukan oleh Majlis Peguam secara aman bagi melobi sistem kehakiman yang bebas, mendukung hak asasi manusia dan menentang undang-undang menindas.

Aliran menyeru agar semua pihak untuk mendukung hak untuk protes secara aman, sepertimana hak untuk berhimpun sudah dimaktubkan di bawah Artikel 20 di dalam Deklarasi Hak Asasi Sejagat serta Artikel 21 di dalam Perjanjian Antarabangsa tentang Hak Politik dan Sivil.

Tiada apa yang patut ditakuti dalam membenarkan protes aman untuk diadakan, tidak kiralah dalam bentuk perarakan atau demonstrasi. Kerajaan yang matang dengan pemimpin yang bijak akan memahami perkara ini.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 Jun 2022



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments