Penipuan menggemparkan yang barangkali akan menentukan takdir pemerintahan Mahiaddin

349 views
The election losers are now ruling the nation - Photograph: Bernama/Malay Mail

Sepanjang ingatan kami, Agong tidak pernah menegur secara terbuka kerajaan seperti hari ini.

Seluruh negara sekarang tahu bahawa kerajaan sudah menipu Parlimen serta rakyat pada 26 Julai, ketika menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan memberitahu Parlimen bahawa enam ordinan darurat sudah dibatalkan pada 21 Julai.

Istana mengeluarkan kenyataan bahawa Agong tidak dirunding sebelum pengumuman Takiyuddin di Parlimen.

Aliran terkejut dengan perkembangan ini. Ia bermakna bahawa ura-ura ‘pembatalan’ itu dilakukan tanpa melalui tatacara sepatutnya seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga bermakna bahawa kerajaan Mahiaddin Yasin sudah melanggar Perlembagaan, sekaligus membuat ramai penggubal undang-undang menuduh bahawa kerajaan ini melakukan penderhakaan.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga tidak menghormati Agong. Di dalam mesyuarat atas talian bersama peguam negara dan Takiyuddin pada 24 Julai, Agong menyatakan bahawa ordinan darurat perlu dibentang di Parlimen serta didebatkan.

Ianya diabaikan. Ordinan darurat serta pengisytiharan darurat tidak dibentang di Parlimen oleh kerana kerajaan takut ia akan dikalahkan jika pembatalan ini diundi.

Sikap tidak hormat ini sungguh ironi khususnya kerana ia datang dari parti yang berdegar-degar mengatakan bahawa mereka mengangkat martabat kaum, agama dan raja.

Untuk berterusan dengan penipuan ini sehingga tahap ini belum pernah terjadi di dalam sejarah kita. Ianya mencerminkan keangkuhan mereka yang berkuasa sekaligus mengakibatkan salah guna kuasa yang besar. Ia dijelmakan lewat percubaan bagi pengisytiharan darurat dan kemudian menggantung Parlimen dan kini, kemuncaknya, adalah dengan memperdaya Parlimen serta rakyat tentang ordinan darurat.

Melihat keadaan sebegini, Mahiaddin dan kerajaannya tidak ada pilihan lain kecuali meletak jawatan secepat mungkin. Dan melihat kepada peranan mereka yang ikut sama merancang, Yang Di-Pertua Parlimen serta peguam negara juga patut meletak jawatan.

READ MORE:  Peranan Parlimen mengawal dan menegur kerajaan bukan mainan politik

Sukar untuk melihat mereka dapat berfungsi secara efektif semula, apatah lagi dipercayai oleh rakyat semula.

Ini masanya untuk menghentikan semua ini. Jangan benarkan negara ini untuk mengulang semula peristiwa cukup memalukan ini.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
29 Julai 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments