Penghantaran semula migran Myanmar adalah tidak wajar serta menunjukkan kehilangan belas ihsan manusiawi

Ianya sebuah keadilan yang culas apabila kelompok yang terkesan ini dinafikan hak untuk kes penghantaran semula mereka didengari di mahkamah Malaysia

Aliran sepakat mengutuk pelanggaran hak oleh kerajaan Malaysia terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang membenarkan penangguhan penghantaran semula lebih 1,000 orang warga migran Myanmar yang ditahan di Malaysia.

Penghantaran semula migran Myanmar ke negara mereka, yang kini berdepan ketidakpastian ekoran kudeta tentera, adalah tidak wajar serta menunjukkan kehilangan belas ihsan manusiawi.

Pihak berkuasa Malaysia menegaskan bahawa mereka yang dihantar pulang bersetuju dengan sukarela, namun bagaimana kita dapat membuktikannya? Di dalam perkembangan terbaru, perkara ini bukanlah seperti itu di mana terdapat kelompok rentan yang turut dihantar pulang.

Ianya sungguh memalukan apabila kerajaan merasakan bahawa ianya perkara yang betul untuk menghantar pulang sekelompok warga di mana keselamatan mereka tidak dapat dipastikan di tangan para junta tentera, yang sudah pun bergelumang dengan darah rakyat Myanmar yang sedang berdemonstrasi melawan kudeta baru-baru ini.

Ianya sebuah keadilan yang culas apabila kelompok yang terkesan ini dinafikan hak untuk kes penghantaran semula mereka didengari di mahkamah Malaysia. Perkara ini seakan-akan mengejek perintah penangguhan oleh mahkamah.

Walaupun perintah untuk menghantar pulang ini dilakukan sebelum arahan mahkamah, kerajaan sepatutnya menangguhkan penghantaran semula bagi mendengar rintihan oleh warga Myanmar berkenaan di mahkamah. Mengapa tergesa-gesa?

Perundangan sepatutnya mengambil tindakan terhadap mereka yang menghina mahkamah.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
24 Februari 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.