Pembubaran Parlimen mendedahkan sikap tidak endah pemimpin terhadap kesejahteraan rakyat

Aliran berasa kecewa kerana Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akur kepada tekanan pihak tertentu bagi mengadakan pilihan raya umum awal walaupun musim tengkujuh akan tiba.

Umum mengetahui bahawa ‘kluster mahkamah’ yang terdiri oleh beberapa pemimpin Umno mahukan pilihan raya umum awal sebagai jalan keluar daripada masalah undang-undang mereka – tanpa mengira kesannya kepada rakyat dan negara.

Pemimpin Umno – yang partinya itu hanya mempunyai 37 atau 17% daripada 222 ahli parlimen – terus tidak mengendahkan hasrat 12 menteri kabinet Perikatan Nasional dalam kerajaan campuran Barisan Nasional-PN yang menolak pilihan raya umum diadakan tahun ini . Menteri-menteri PN berpendapat bahawa kebajikan rakyat perlu diberi tumpuan.

Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia berlakunya ‘penderhakaan’ sebegitu rupa melibatkan barisan kabinet mengenai gesaan bagi mengadakan pilihan raya umum awal. Bukan itu sahaja, Pakatan Harapan dan ahli parlimen pembangkang lainnya turut menyatakan bantahan terhadap pilihan raya awal.

Desakan pemimpin Umno ini menunjukkan bahawa ia merupakan usaha untuk hanya membolot kuasa berbanding peduli kepada kesejahteraan dan keperluan rakyat.

Golongan kuasawan ini yang tidak mengendahkan kegelisahan rakyat berbanding memberi tumpuan kepada cara untuk meringankan penderitaan mereka menunjukkan betapa mereka mementingkan diri sendiri, tidak bertimbang rasa dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Rakyat marhaen sekarang sedang bergelut untuk pulih daripada kuncitara dan sekatan sejak dua tahun lalu, manakala kos sara hidup yang lebih tinggi telah memburukkan lagi kesakitan mereka.

Pembubaran Parlimen sejurus selepas pembentangan Bajet 2023 menimbulkan persoalan sama ada janji-janji dalam Bajet yang masih belum dibincang secara menyeluruh di Parlimen hanya akan digunakan untuk memancing pengundi.

READ MORE:  Pilihan raya 2022: Pendirian iklim yang kukuh diperlu di kalangan pemimpin akan datang (Malay/English)

Bajet dan habuan yang dibentang hanyalah muslihat untuk mengekalkan cara lama. Kita memerlukan cara baharu yang dinamik dan mampan bagi membawa negara maju ke hadapan.

Segenap drama ini hanya menunjukkan kepada kita mengapa ia sangat penting untuk mempunyai parlimen dan dewan undangan negeri dengan tempoh tetap supaya rakyat tidak akan dibuli seperti ini lagi.

Ketidakstabilan sejak pengambilalihan kerajaan pintu belakang kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ adalah diakibatkan oleh sekumpulan ahli politik yang hanya memikirkan kepentingan diri mereka sendiri.

Dalam pilihan raya umum akan datang, rakyat mesti memulihkan kestabilan dengan menolak keluar mereka yang perasuah dan tidak berintegriti [Lihat laman web profil MP].

Sebaliknya, undilah parti politik yang akan menyokong lima perkara dalam Agenda Rakyat serta calon yang bersetuju dengan 10 tuntutan Manifesto Rakyat.

Aliran merayu kepada semua pengundi, termasuk pengundi kali pertama, untuk menyemak butiran pengundian mereka dalam talian dan keluar mengundi beramai-ramai. Kita semua mesti menolak perasuah dan mereka yang meniupkan api perkauman dan keagamaan untuk kepentingan politik. Sebaliknya, kita hendaklah melahirkan negara yang mempunyai belas kasihan, cekap dan terangkum.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
10 Oktober 2022



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments