Peletakan jawatan Terence Gomez memperlihat masalah yang mengakar di SPRM

Gomez meletak jawatan selaku panel SPRM

Aliran memuji tindakan berani dan berprinsip oleh Dr Edmund Terence Gomez yang meletak jawatan selaku panel konsultasi dan pencegahan rasuah di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau meletak jawatan selepas merasakan ahli panel lambat dalam mengambil tindakan tegas terhadap tuduhan melibat ketua SPRM.

Terence mengatakan bahawa laporan dalam sebuah laman web menimbulkan persoalan yang cukup mengganggu berkaitan “hubungkait di antara perniagaan dan penguatkuasaan undang-undang” serta “percanggahan kepentingan” melibatkan pegawai tertinggi SPRM. Ia juga menimbulkan persoalan sama ada ketua SPRM sudah “mengisytiharkan pemilikan saham korporatnya seperti yang diperlukan oleh undang-undang”.

Ahli ekonomi dan politik ini menyatakan bahawa ia sesuatu yang mengejutkan dalam memetik beberapa laporan di mana bekas ketua pesuruhanjaya SPRM ini juga terlibat dengan keadaan percanggahan kepentingan.

Kelambatan SPRM dalam mengambil tindakan sungguh mengesalkan. Ia memperkuat lagi tanggapan bahawa suruhanjaya ini tidak berminat dalam memastikan kebenaran serta kebertanggungjawapan jika wujud pertuduhan melibatkan mana-mana pegawai atasannya.

SPRM sepatutnya tidak berdiam diri terhadap tuduhan yang dilaporkan ini. Ia sepatutnya bertindak cepat, dan mereka yang dituduh hendaklah disarankan bercuti sehingga penyiasatan selesai.

Justeru, sebuah penyiasatan perlu dijalankan secara mandiri.

Namun, jika pegawai atasan agensi pencegahan rasuah itu sendiri yang dituduh terlibat, bagaimana kita kemudiannya dapat menyiasat agensi itu?

Kami mencadangkan agar SPRM diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen berbanding kedudukan semasa di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ia bagi membenarkan jawatankuasa terpilih, melibatkan wakil rakyat yang diundi, untuk memantau prestasi suruhanjaya serta memastikan pegawainya bertanggungjawab kepada orang awam.

Kita perlu memastikan SPRM benar-benar bertanggungjawab sebagai langkah penting bagai memastikan perlawanan terhadap rasuah dapat diteruskan. Tambahan lagi, proses pemilihan ketua SPRM hendaklah tidak ditinggalkan kepada perdana menteri semata-mata. Langkah pemilihan hendaklah diubahsuai.

READ MORE:  Withdraw letter of demand against MACC whistleblower, Gomez urges Azam

Awal tahun ini, Bersih mencadangkan enakmen melibatkan lantikan pegawai awam serta undang-undang bagi mengawasi sebarang pelantikan ketua pegawai di jabatan atau agensi peringkat persekutuan seperti SPRM. Ia sepatutnya dikuatkuasakan terus bagi memastikan kebertanggungjawapan, ketelusan serta kebebasan.

Ironinya adalah apabila PM pada awal bulan ini menganugerahkan barisan kabinetnya dengan markah 90%. Jelas, bahawa kenyataan ini cukup menyimpang. Beliau sepatutnya menjelaskan bagaimana beliau memberi markah kepada dirinya sendiri, melihat kepada keadaan semasa melibatkan suruhanjaya yang diselia terus di bawah Jabatan Perdana Menteri yang diketuainya.

Ahli Jawatankuasa Aliran
28 Disember 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments