Pastikan pematuhan terhadap prinsip tiada penghantaran pulang paksa

Photo credit: indmediahk.net

Media melaporkan bahawa Malaysia berniat untuk menghantar pulang 1,200 warga Myanmar yang berada di pusat tahanan imigresen Malaysia ke negara mereka dengan kerjasama kerajaan junta tentera sekaligus menimbulkan kebimbangan.

Tampaknya, pemerintahan junta tentera Myanmar, yang baru saja melancarkan kudeta, menawarkan untuk menghantar tiga kapal bagi menghantar pulang rakyatnya di pusat tahanan Malaysia.

Pusat tahanan imigresen ini menahan bukan warganegara yang tidak memiliki dokumen yang lengkap. Ini juga termasuklah pekerja migran ekonomi tanpa dokumen serta pelarian serta pencari suaka politik. Keadaan mereka sungguh berbeza.

Berkenaan dengan pelarian serta pencari suaka, terdapat pelbagai komuniti dari Myanmar, termasuklah yang berketurunan Chin, Karen, Arakan, Kachin, Rohingya serta masyarakat Muslim Myanmar, yang mencari perlindungan dari pihak junta di Myanmar. Terdapat dokumentasi yang terperinci berkenaan konflik serta penindasan etnik yang berlanjutan.

Agensi pelarian PBB (UNHCR) di Malaysia mendaftar hampir 154,000 pencari suaka serta pelarian dari Myanmar. Kebanyakan mereka ditahan di pusat-pusat ini.

Terdapat kebimbangan ada di antara mereka yang akan dihantar pulang ialah mereka yang memerlukan perlindungan antarabangsa, termasuklah pelarian, pencari suaka serta golongan rentan melibatkan wanita dan kanak-kanak.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, 756 kanak-kanak ditahan di pusat tahanan imigresen di seluruh negara sehingga Oktober 2020, di mana 405 daripada kanak-kanak itu tidak mempunyai ibu bapa atau penjaga dengan mereka.

Ketidakpastian berkenaan adakah pelarian atau pencari suaka akan dihantar pulang sepatutnya menjadi jelas jikalau UNHCR mempunyai akses untuk memasuki pusat tahanan. Ianya masih kurang jelas mengapa UNHCR tidak dibenarkan untuk memasuki pusat tahanan sehingga hampir 18 bulan. Ini menghalang tugas bagi kenal pasti sekaligus bertujuan melindungi para pencari suaka dan pelarian yang ditahan di pusat tersebut. Kurangnya ketelusan di pusat tahanan sungguh menggusarkan.

READ MORE:  Myanmar: Junta abuses and tortures detained women

Walaupun Malaysia bukanlah di antara yang menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, ia masih mempunyai kewajiban di bawah undang-undang hak kemanusiaan antarabangsa bagi mengangkat prinsip refoulement atau tiada penghantaran pulang paksa (iaitu, tidak memaksa sesiapa pun pulang ke negara di mana mereka berisiko untuk didakwa) serta memastikan terdapat mekanisme yang digunapakai bagi melindungi hak asasi seadanya.

Turut membimbangkan adalah situasi yang dihadapi oleh migran ekonomi yang dihantar pulang. Bagi sesetengah mereka, ia barangkali sebuah peluang yang dinantikan untuk pulang dan membina hidup baru, walaupun negaranya sekarang di bawah darurat. Namun, bagi yang lain bermakna mereka terpaksa menanggung beban hutang di dalam mendapatkan peluang pekerjaan di Malaysia. Seringkali, ianya tidak berhasil, dan inilah di antara sebab mengapa ramai di antara mereka yang ditahan di pusat tahanan imigresen walaupun ianya bukanlah salah mereka sepenuhnya. Apakah langkah yang diambil bagi memastikan penghantaran pulang ini secara sukarela?

[Pada 12 Februari], Tom Andrews, pelapor istimewa PBB berkenaan dengan keadaan hak asasi di Myanmar, berucap di sesi istimewa Jawatankuasa Hak Asasi PBB bagi mendesak PBB serta semua anggota negara di dalam menuntut junta di Myanmar untuk menghentikan pendakwaan dan penindasan terhadap warga Myanmar kerana menggunakan hak asasi mereka.

Malaysia kini sedang membida kerusi di dalam jawatankuasa bagi tempoh 2022–2024, dan peluang untuk menangani isu berkenaan pusat tahanan imigresen secara manusiawi adalah langkah bagi menghormati hak asasi manusia.

Aliran mendesak kerajaan bagi memastikan prinsip non-refoulement (tiada penghantaran pulang paksa) tidak dilanggar, serta memastikan keselamatan mereka yang dihantar pulang dan membenarkan UNHCR untuk memasuki pusat tahanan imigresen.

Dari pandangan yang luas, Malaysia perlu merangka sebuah polisi menyeluruh dan rasional berkenaan migrasi buruh yang akan melindungi hak asasi semua bukan warganegara, seiring dengan perundangan antarabangsa, serta memartabatkan maruah manusia setiap waktu.

READ MORE:  Recipients of illegal orders in Myanmar should contact investigative mechanism

Jawatankuasa eksekutif Aliran
13 Februari 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.