Pas perlu diberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai kehidupan berbilang budaya

Mereka yang mempunyai nafsu untuk mengeksploitasi isu untuk keuntungan politik sepatutnya mengawal diri mereka, terutamanya semasa bulan Ramadan yang penuh berkat ini

ZUNAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran amat bimbang dengan keperluan Pas untuk mengangkat isu mengenai arahan baru Kementerian Pendidikan untuk membuka kantin sekolah semasa bulan Ramadan.

Ini merupakan satu isu yang tidak perlu dibangkit, terutamanya dalam masyarakat yang berbilang etnik dan berbilang agama seperti di Malaysia – di mana rakyat, termasuk kanak-kanak sekolah, sepatutnya mengamalkan sikap hormat-menghormati terhadap hak dan tanggungjawab antara satu sama lain.

Tindakan Pas dalam menimbulkan isu sebegini adalah tidak munasabah, malah bercanggah dengan slogan parti mereka yang menyatakan “Pas untuk semua”.

Sementara pengamalan puasa oleh umat Islam harus dihormati dan dihargai, hak orang bukan Islam untuk membeli makanan di kantin sekolah juga perlu diambil kira.

Ia tidak akan mengurangkan nilai keagamaan puasa jika kantin sekolah diberi kebenaran untuk beroperasi pada waktu tersebut. Malah, ia akan meningkatkan kesedaran keagamaan pelajar Islam dan memperkuatkan kesabaran yang diharapkan dari mereka sepanjang bulan Ramadan.

Sebarang tindakan untuk menghalang pengusaha kantin sekolah daripada beroperasi semasa Ramadan akan dianggap sebagai tindakan yang tidak peka terhadap hak asasi dan keperluan asas orang bukan Islam.

Mereka yang mempunyai nafsu untuk mengeksploitasi isu untuk keuntungan politik sepatutnya mengawal diri mereka, terutamanya semasa bulan Ramadan yang penuh berkat ini.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
14 Mac 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments