Aliran mengalu-alukan keputusan mahkamah dalam kes 1MDB yang mendapati Najib Razak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3bn.
Keputusan ini – bersama satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Disember yang menolak permohonan Najib untuk menjalani ‘tahanan rumah’ dalam kes SRC International – merupakan satu mercu tanda penting dalam perjuangan menentang rasuah di peringkat tertinggi.
Perjuangan menuntut akauntabiliti merupakan teras kepada gerakan Reformasi serta siri perhimpunan Bersih oleh masyarakat sivil sejak bertahun-tahun lalu.
Sehubungan itu, kami menentang keras sebarang cubaan melakukan ‘set semula politik’ (‘political reset’) bagi membersihkan rekod ahli politik yang terpalit dengan rasuah berprofil tinggi. Tidak boleh ada dua darjat dalam usaha memerangi rasuah.
Isu 1MDB, serta kes rasuah berprofil tinggi lain, mesti diadili secara bebas di mahkamah, dengan badan kehakiman dan pihak pendakwaan yang bebas. Keputusan mahkamah perlu dihormati dan dipertahankan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bagi memastikan perkara ini berlaku, kebebasan badan kehakiman mesti dipelihara. Dalam pelantikan hakim, pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 diperlukan bagi memastikan proses pelantikan benar-benar bebas daripada pengaruh eksekutif.
Pendakwa raya juga perlu bebas daripada peguam negara yang ketika ini merupakan pelantikan kerajaan dan penasihat kepada kerajaan. Pemisahan peranan ini mesti disegerakan.
Sementara itu, kami menggesa Jabatan Peguam Negara supaya meneruskan semua kes rasuah berprofil tinggi di mana tertuduh telah diberikan ‘pelepasan tanpa pembebasan’.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 December 2025
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











