Menafikan hak warganegara anak kepada wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing adalah terang-terangan sebuah diskriminasi

Photograph: Geralt/Pixabay

Aliran mengecam tindakan mendiskriminasi oleh kerajaan Malaysia dalam menafikan hak kerakyatan anak kepada wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamad Said dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat sebabnya kerajaan Malaysia menafikan hak wanita Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing untuk menganugerahkan kerakyatan Malaysia kepada anaknya yang dilahirkan di luar negeri. Menurut beliau, ini adalah bagi mengelakkan kewarganegaraan berganda, sekaligus melibatkan persoalan keselamatan serta kedaulatan negara.

Kenyataan ini menunjukkan layanan yang tidak adil serta saksama kerajaan terhadap wanita berbanding lelaki di Malaysia yang mempunyai pasangan warga asing di mana mereka mempunyai hak untuk memohon kerakyatan bagi anak mereka.

Diskriminasi yang sebegini mempersendakan keadilan di dalam sebuah sistem sosial yang dimiliki kita di mana lelaki dan perempuan sepatutnya mempunyai hak yang sama di hadapan undang-undang. Ianya berlawanan dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan, yang menghalang diskriminasi berasaskan gender.

Layanan berat sebelah ini juga adalah cerminan kepada masyarakat partriarki yang masih memberi kesan kepada lelaki dan wanita. Sekarang, sudah terlalu banyak perjalanan melintas sempadan yang dilakukan oleh wanita bagi tujuan belajar, bekerja serta melancong di luar negara. Sudah berubah waktu di mana wanita hanya mengikut suaminya selepas berkahwin. Mengapa pemikiran yang kolot ini masih ada sekarang?

Walaupun timbalan menteri mengatakan bahawa ibu boleh membuat permohonan di bawah Artikel 15(2) Perlembagaan Persekutuan, ianya sebuah proses yang sukar dan hasilnya bergantung kepada budi bicara.

Tambahan, polisi ini akan menyumbang kepada ‘brain drain’ apabila wanita Malaysia memutuskan untuk berpindah ke negara suaminya semata-mata kerana mempunyai anak. Juga, tidak semua wanita yang berdepan masalah mempunyai pilihan ini.

Jika berlaku perubahan mengikut keadaan, seorang ibu warga Malaysia mungkin akan terpaksa pulang ke Malaysia namun anak mereka mungkin tidak mempunyai kerakyatan atau mempunyai hak kerakyatan dari negara lain.

Polisi ini sudahpun mengakibatkan kesusahan kepada ribuan wanita yang berdepan dengan masalah ini. Mengapa hendak meneruskan mendenda serta menghukum wanita warganegara Malaysia serta anak mereka sedemikian rupa?

Isu ini secara terang-terangan adalah sebuah diskriminasi kepada wanita. Tidak ada putar belit berkenaan soal kerakyatan berganda atau kerisauan tentang keselamatan atau kedaulatan negara yang dapat memesongkan hujah dari fakta ini.

Sungguh memalukan bagi kerajaan Perikatan Nasional merasakan bahawa mereka dapat meneruskan polisi ini apabila mereka mempunyai kuasa dan peluang untuk memperbaiki sesuatu yang cukup jelas mendiskriminasi wanita. Pasti, mereka boleh melakukan yang lebih baik.


Jawatankuasa eksekutif Aliran
4 Disember 2020
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Santana
Santana
8 Dec 2020 10.01am

Memang ini satu penganiayaan terhadap kaum wanita dan melanggar Peruntukan perlembagaan. Sesuatu keputusan kerajaan kini yang sungguh memalukan dan semua pihak perlu menentang sekeras kerasnya keputusan kerajaan yang lemah ini.