Memulakan tindakan mahkamah terhadap peguam yang bertindak bagi pihak klien merupakan persendaan kepada keadilan

Seorang peguam sepatutnya tidak dinafikan haknya untuk bersedia menghadapi perbicaraan

Aliran mendapat tahu bahawa peguam, Charles Hector, serta lapan orang kliennya berdepan tindakan perundangan berkemungkinan daripada penghinaan terhadap mahkamah.

Hector bertindak selaku peguam bagi lapan defendan yang merupakan sebahagian daripada warga yang memprotes pembalakan di hutan berhampiran tempat di mana mereka tinggal dan bekerja.

Plaintif merupakan kontraktor pembalakan yang dilantik oleh pemegang lesen pembalak, Pengurus Besar Yayasan Pahang, sebuah badan berkanun negeri Pahang. [Walaupun lesen telah dianugerahkan kepada badan ini, kelulusan untuk memulakan pembalakan masih belum diberikan.]

Sebagai persediaan perbicaraan bagi pihak pembela, Hector sudah menghantar surat bagi pihak kliennya, bagi mendapatkan kepastian dari seseorang, yang merupakan pegawai kerajaan, berkenaan beberapa fakta yang bercanggah di dalam surat yang dikeluarkan oleh pegawai itu sebelumnya.

Plaintif kemudiannya menuduh bahawa surat Hector melanggar injunksi sementara/perintah mahkamah yang diperoleh mereka pada November 2020. Ia sekaligus mengakibatkan pendengaran untuk ‘kebenaran mahkamah’ bagi memulakan tindakan mahkamah terhadap Hector serta lapan defendan lainnya dijadualkan pada 25 Mac 2021 di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Memulakan tindakan mahkamah terhadap Hector serta lapan defendan lainnya merupakan sesuatu yang menggusarkan dan boleh dilihat seperti mempersendakan keadilan.

Mendiamkan peguam menerusi tindakan menghina mahkamah secara asasnya menghalang peguam dari menjalankan tugas profesional kepada kliennya.

Aliran mendesak agar hak litigan bagi mendapatkan perbicaraan yang adil dapat dijalankan. Seorang peguam sepatutnya tidak dinafikan haknya untuk bersedia menghadapi perbicaraan, termasuklah mendapatkan fakta penting bagi membahaskan kesnya di mahkamah. Defendan seharusnya tidak dinafikan hak mereka untuk mendapatkan peguam yang dipilih mereka.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
16 Mac 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.