Memanggil wartawan FMT untuk soal-jawab: Penghinaan kepada kebebasan akhbar

GERALT/PIXABAY

Aliran mengutuk tindakan memanggil wartawan Free Malaysia Today bagi soal-jawab hari ini berdasarkan laporannya berjudul “Fed up of waiting, the military rolls into flood relief”.

Laporan merujuk kepada tindakan anggota tentera yang didakwa menjalankan usaha menyelamat tanpa kebenaran dari Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (Nadma).

Ini merupakan sebuah tapisan kerana ia mengekang peranan kewartawanan yang dijangka oleh orang ramai – iaitu, memastikan pihak berkuasa bertanggungjawab melalui laporan media.

Jika terdapat kesalahan kewartawanan di dalam laporan, pihak yang terkesan sepatutnya membawa isu ini ke media berkenaan bagi membuat pembetulan. Hak untuk mendapatkan balasan sepatutnya berjalan seperti biasa.

Sebarang kesalahan kewartawanan – jika ada pun di dalam kes ini – sepatutnya tidak ditanggapi sebagai tindakan jenayah. Juga wartawan FMT ini tidak sepatutnya dijadikan contoh kepada wartawan lainnya, di mana begitu ramai yang mahu membuat perubahan dalam masyarakat menerusi laporan bebas.

Di merata bahagian dunia, kelompok masyarakat sivil serta wartawanlah yang mencabar kerajaan yang menekan kebebasan media serta kerja-kerja editor dan wartawan yang bebas.

Kita di Malaysia sepatutnya tidak terjebak menjadi seperti negara lain yang memeras media yang kritikal dan menakut-nakutkan serta memenjara para editor dan wartawannya. Hak untuk kebebasan media hendaklah diangkat setiap masa supaya orang awam dapat membaca pandangan yang berbeza, walaupun ia tidak sehaluan dengan versi rasmi.

Di atas nama keadilan dan kebebasan akhbar, kami mendesak pihak polis untuk menghentikan siasatan ke atas wartawan FMT sama sekali. Tindakan pihak polis yang sebegini bolehlah ditanggapi seperti ancaman halus yang, jika dibiarkan tidak diperiksa, akan memaksa para wartawan dan akhirnya, kelompok masyarakat sivil untuk tunduk dan diam.

READ MORE:  World Press Freedom Day: Urgent media reforms needed - CIJ

Jawatankuasa eksekutif Aliran
5 Januari 2022

Terjemahan oleh: Zikri Rahman



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments