Luahan marah Chandra yang menyedihkan

0
no views

Ramai
orang telah menelefon pejabat Aliran untuk melafazkan kemarahan
mereka tentang komen kritikal Dr Chandra Muzaffar terhadap Anwar
Ibrahim dan PKR yang telah mendapat pelaporan yang meluas dalam media
arus perdana. Mereka telah menanyakan pendirian Aliran mengenai hal
ini, kerana Chandra dirujuk sebagai pengasas Aliran.

 

Dalam
hal ini, kami ingin menjelaskan bahawa Chandra tidak lagi menjadi
ahli yang aktif sejak tahun 1991, ketika beliau meletakkan jawatannya
sebagai presiden dan kemudian menubuhkan JUST.

 

Apa
yang lebih mustahak lagi, kami ingin menyatakan bahawa Aliran tidak
bersetuju dengan komen Chandra yang terbaru mengenai Anwar Ibrahim
dan PKR. Kami juga tidak bersehaluan dengan pendiriannya bahawa BN,
walaupun ada cacat celanya, adalah pilihan yang lebih baik. Malah
kami merasa terganggu dengan luahan marahnya yang kelihatan
emosional.

Berbeza
dengan pandangan Chandra, Aliran menyeru rakyat Malaysia untuk
mengundi dan mendapatkan Pembangkang yang lebih kuat. Adalah mustahak
bagi kita menghalang Barisan Nasional daripada mencapai majoriti dua
pertiga yang telah membolehkannya meminda Perlembagaan sesuka hati
dan mengenepikan pandangan bercanggah. Pembangkang yang lebih kuat
boleh membantu memantapkan demokrasi Malaysia yang agak lemah. Kita
selalu mengorbankan demokrasi dalam mengejar pembangunan – dan
inipun model pembangunan yang memusatkan kekayaan ke dalam tangan
minoriti.

Sesungguhnya,
Aliran mempertahankan pembangunan yang mementingkan manusia dan
demokrasi untuk semua. Kami telah memajukan pendirian ini dalam dua
isu majalah Aliran Monthly terkini, yang telah memfokus terhadap
pilihanraya 2008.

Komen
Chandra yang dilaporkan oleh media arus perdana kelihatan memberikan
penekanan bahawa Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang boleh
dipercayai. Nampaknya politik wang juga merebak dalam PKR. Jika ini
benar, ia adalah suatu yang membimbangkan kerana implikasinya ialah
penyakit politik wang telah merebak dari BN ke PKR! Dalam pengetahuan
kami, politik wang sudah merebak luas dalam parti komponen BN. Oleh
itu, adalah pelik bagi Chandra menumpukan keprihatinannya terhadap
masalah politik wang PKR sahaja. Dalam masa yang sama, beliau tidak
banyak memperkatakan setakat ini politik wang yang selalu dikaitkan
dengan BN.

Chandra
juga telah mengenengahkan hal taktik ras yang menakutkan yang
kononnya digunakan oleh PKR ketika pilihanraya kecil Lunas. Bagi
kami, muslihat kotor seperti itu telah digunakan oleh semua parti
lebih-lebih lagi BN. Sekali lagi, segala bentuk memancing ras oleh
semua parti harus dikutuk.

Aspek
yang paling mengganggukan dalam episod ini ialah bagaimana Dr Chandra
Muzaffar telah membiarkan dirinya secara sedar atau tidak sedar
digunakan sebagai sebahagian daripada alat propaganda BN. Adalah
menyedihkan bahawa seorang intelektual yang terkenal dan aktivis yang
lama bergiat seperti beliau telah mempunyai pandangan yang tersekat
tentang isu berkenaan. Kami tertanya-tanya kenapa beliau tidak
mengumumkan kes ini lebih awal lagi dan lantas menyiasatnya dengan
lebih menyakini memandangkan pendirian beliau tentang integriti dan
akauntabiliti. Kenapa hanya sekarang?

P
Ramakrishnan, Presiden

Francis
Loh, Setiausaha
Kehormat

Mustafa
K Anuar, Penolong
Setiausaha Kehormat

Anil
Netto, Bendahari
Kehormat

Bagi
pihak Jawatankuasa Eksekutif Aliran


5 Mac 2008 

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments