Kewarganegaraan bagi anak yang lahir kepada pasangan asing: Berikan wanita hak yang sama

Keputusan mahkamah membuka peluang keemasan bagi kerajaan ‘baru’ pimpinan Ismail Sabri Yaakob untuk menampilkannya sebagai sebuah kerajaan progresif

49 views
Photograph: Geralt/Pixabay

Aliran memuji usaha president Family Frontiers, Suri Kempe, enam wanita warga Malaysia yang lain serta barisan peguamnya  yang bertungkus-lumus mendesak tuntutan mahkamah bagi membenarkan anak yang dilahirkan di luar Malaysia kepada pasangan wanita Malaysia dan pasangan asingnya menikmati hak yang sama seperti anak yang dilahirkan di luar negara kepada lelaki Malaysia dan pasangan asingnya.

Anak yang dilahirkan kepada lelaki Malaysia dan pasangan asing mereka sudah berdekad lamanya diperuntukkan kewarganegaraan Malaysia secara automatik. Namun keistimewaan ini, sehingga keputusan mahkamah yang cukup penting ini dicapai, tidak diguna pakai kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita Malaysia serta pasangan asing mereka.

Kementerian Dalam Negeri serta agensi kerajaan lainnya, seperti Jabatan Imigresen serta Jabatan Pendaftaran Negara, mentafsir bahawa Artikel 14(1)(b), dibacakan sekali bersama Seksyen 1(b) dan 1(c), di dalam Perlembagaan Persekutuan, bermakna bahawa anak yang dilahirkan kepada lelaki warga Malaysia dan pasangan asingnya boleh mendapat kerakyatan Malaysia tetapi tidak bagi anak yang dilahirkan oleh perempuan warga Malaysia serta pasangan asingnya. Penguatkuasa memfokuskan kepada perkataan “ayah berwarganegara Malaysia”.

Namun, hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir pada 9 September berpendapat bahawa perkataan “ayah” mestilah dibaca untuk merangkumi ibu dan anak mereka untuk turut mendapat hak warganegara mengikut lunas perundangan. Beliau menggariskan bahawa peruntukan bagi hak kewarganegaraan di dalam Artikel 14(1)(b), Seksyen 1(b), Seksyen 1(c), dibaca sekali dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan, melarang diskriminasi gender.

Keputusan mahkamah yang cukup penting ini memperbetulkan ketidakadilan yang berlaku sejak sekian lama. Ia satu langkah kecil bagi mengurangkan diskriminasi gender dan mencapai kesetaraan gender di Malaysia. Perlu diketahui bahawa hampir 170 negara di dunia memberi wanita hak samarata berkenaan kewarganegaraan bagi anak mereka yang dilahirkan di luar negara setara seperti kaum lelaki.

READ MORE:  Why government should stop mistreating mothers of stateless children

Keputusan mahkamah membuka peluang keemasan bagi kerajaan ‘baru’ pimpinan Ismail Sabri Yaakob untuk menampilkannya sebagai sebuah kerajaan progresif dan berfikiran maju.

Sanggahan yang mengatakan bahawa kerajaan perlu merayu keputusan kerana negara kita tidak membenarkan ‘dwi-kerakyatan’ nampaknya seperti tidak kena pada tempatnya. Ia seakan memperkukuh kepercayaan lapuk, tradisional yang didominasi lelaki di mana seorang anak perlu memilih kerakyatan mengikut ayah dan bukan ibunya.

Ia sepatutnya tidak menjadi isu. Sepertimana seorang ayah berkerakyatan Malaysia serta pasangan asingnya perlu untuk memilih anak mereka untuk menjadi warga Malaysia atau menjadi warga negara lain, seorang wanita warga Malaysia serta pasangan asingnya juga perlu diperuntukkan hak yang sama. Jelas ia perkara yang adil dan betul untuk dilakukan.

Setelah mendapat tahu bahawa kerajaan mengambil keputusan untuk merayu keputusan mahkamah, Family Frontiers melancarkan petisyen dalam talian bagi mendesak kerajaan bagi menarik balik rayuan. Petisyen setakat ini mengumpul lebih dari 25,000 tandatangan. Dengarlah suara rakyat.

Aliran menuntut dengan jelas kepada kerajaan bagi menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 September, yang memperuntukkan hak samarata bagi wanita warga Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
19 September 2021

Terjemahah oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments