Ketua pengarah kesihatan sepatutnya tidak pilih kasih

Mengapa kementerian tidak turut mengingatkan orang kenamaan tentang peristiwa yang berlaku sebelum itu? - ONENEWS/CC by creativecommons.org

Aliran berkongsi kekecewaan sama seperti ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ketika seorang pemandu kereta dilaporkan menghalang sebuah ambulan yang dalam kecemasan walaupun siren kenderaan itu membingar supaya pengguna jalanraya membenarkan hak laluannya.

Seperti dinyatakan oleh Noor Hisham, ia merupakan soal mati atau hidup yang cukup diambil berat oleh doktor dan orang lain juga.

Namun kami turut merasa kurang senang bahawa Noor Hisham dan kementeriannya tidak merasakan penting untuk mengulas lanjut, atau menunjukkan rasa jelek, terhadap pengiring polis yang dilaporkan memberhentikan ambulan yang di dalam kecemasan bagi membenarkan konvoi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk berlalu pergi tanpa masalah.

Jika pun ada risiko pelanggaran yang mungkin berlaku, seperti didakwa pihak polis, namun patutnya Kementerian Kesihatan hendaklah mengingatkan kepada semua orang kenamaan ketika itu agar membenarkan kenderaan yang berada dalam kecemasan serta ambulan dalam usaha untuk menyelamatkan nyawa perlu diberikan hak laluan terlebih dahulu.

Pesanan sebegini sepatutnya turut ditujukan kepada orang kenamaan, yang sepatutnya memberi contoh baik kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
17 Mei 2022



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments