Kemarahan marak sedang menteri senang-senang terlepas daripada hukum ingkar kuarantin

0
116 views
Photo: Wikipedia

Aliran terkejut dengan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan selanjutnya ke atas menteri kabinet Mohd Khairuddin Aman Razali kerana ingkar kuarantin wajib di rumah setelah pulang dari Turki pada Julai lalu.

Rakyat yang patuh undang-undang meradang apabila mengetahui, setelah siasatan polis selama beberapa bulan, mendapati tiada tindakan lagi akan diambil terhadap menteri tersebut – semuanya disebabkan alasan-alasan teknik. Yang ketara ialah, perintah pemerhatian kuarantin (Borang 14b) tidak diserahkan kepadanya. 

Melepaskan menteri itu begitu sahaja adalah bersamaan dengan memperlakukan rakyat seperti orang bodoh. Ramai rakyat kebanyakan Malaysia ditangkap ingkar perintah bagi mengawal rewakan meranah telah didenda atau dipenjara dengan tergesa-gesa. Tiada masa yang lama diambil untuk siasat mereka. Ini memang jelas satu kes dwistandard, terang-terangan dua darjat.

Apa yang telah perkara ini tunjukkan tentang kerajaan dan parti yang diwakili Khairuddin? Apa yang boleh diperkatakan tentang bagaimana mereka jalankan tugas dan apa jenis peraturan yang mereka pilih untuk pakai (atau tidak). Apa lagi yang boleh kita harap daripada mereka? 

Kami berharap sepatutnya menteri dan pemimpin lain membawa tanggungjawab yang tinggi tahapnya melebihi daripada orang kebanyakan. Adalah suatu kewajipan pihak berkuasa bagi mengenakan seboleh mungkin hukum undang-undang terhadap menteri yang melakukan kesalahan itu.

Jika tidak, ia tidak akan meyakinkan rakyat bahawasanya keadilan sedang dilaksanakan – dan dilihat sedang terlaksana.

Aliran menyeru menteri-menteri yang melanggar perintah kawalan rewakan meranah untuk melakukan perkara yang mulia dan letak jawatan daripada kabinet.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
22 Oktober 2020
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments