Kejadian tembak-menembak di Rawang: Apa yang sebenarnya berlaku?

0
342

Aliran berasa amat bimbang dengan berita kejadian tembak-menembak di Rawang yang berlaku baru-baru ini dan meragut nyawa tiga lelaki.

Tiga yang terbunuh adalah S Mahendran, 23, G Thavaselvan, 31, dan V Janarthanan, 40, seorang warganegara Sri Lanka. Selain mereka bertiga, terdapat individu keempat yang dikenal pasti berada di tempat kejadian dan masih hilang iaitu G Moganambal, 35 – isteri kepada V Janarthanan dan juga kakak kepada G Thavaselvan.

Menurut kenyataan polis, ketiga-tiga lelaki tersebut didakwa terlibat dalam suatu kejadian rompakan bersenjata dan terbunuh ketika berbalas tembakan dengan pihak polis. Selanjutnya, polis menjumpai dua laras pistol semi automatik, tiga bilah parang dan penutup muka semasa menggeledah kenderaan tertuduh.

Namun, laporan media berikutnya melaporkan kenyataan yang bertentangan di antara pihak polis dan keluarga-keluarga simati.

Keluarga-keluarga simati mempertikaikan tuduhan pihak polis bahawa ketiga-tiga si mati terbabit aktiviti jenayah; sebaliknya, keempat-empat mereka keluar untuk makan malam di Serdang sebelum ‘diculik’ dan ditembak oleh polis di Batu Arang, Rawang.

Kenyataan yang berbeza sememangnya aneh dan tidak boleh diterima.

Walaupun aktiviti jenayah di negara kita adalah sesuatu yang amat membimbangkan, namun kejadian tembak-menembak sehingga menyebabkan kematian suspek jenayah tersebut juga menimbulkan kebimbangan.

Ini bukanlah kali pertama kejadian sebegini berlaku. Sekali lagi isu professionalisma polis dibangkitkan.

Ketua polis negara telah mengumumkan bahawa suatu inkues akan dijalan bagi kes kematian tiga lelaki di Rawang.

Sementara itu, bapa kepada adik-beradik – simati Thavaselvvan dan yang masih hilang, Moganambal – telah mengeluarkan suatu video yang mungkin boleh menjawab persoalan yang timbul. Video tersebut mestilah disiasat dengan teliti.

Jawapan kepada persoalan yang timbul tidak dapat mengembalikan mereka tetapi ianya dapat menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku pada malam kejadian dan juga mungkin mengenalpasti di mana keberadaan Moganambal.

READ MORE:  Rawang shootings: What actually took place?

Tidak dapat dibayangkan impak kematian mereka kepada keluarga mereka terutama sekali anak-anak mereka.

Aliran executive committee

22 September 2019

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of