Kad tanpa tunai bagi penerima kebajikan: Kementerian perlu perjelaskan isu

Kerajaan sepatutnya tidak memperkenalkan bantuan kebajikan yang akan menyukarkan kumpulan sasaran untuk menerimanya

Jangan menyukarkan hidup penerima bantuan kebajikan

Sebuah skim percubaan melibatkan kad tanpa tunai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat baru-baru ini menerima kecaman daripada beberapa kelompok aktivis, penyokong serta warga kurang upaya.

Mereka yang menolaknya merasakan ianya tidak wajar, di mana menerusi skim ini, 50% dari bantuan kebajikan bulanan akan dimasukkan ke dalam sistem kad tanpa tunai JKMPay. Wang yang diterima di dalam kad ini kemudiannya hanya boleh digunakan bagi membeli di kedai panel JKM sahaja. (Baki 50% lagi akan dimasukkan ke akaun Bank Islam penerima bantuan, di mana ia dapat dikeluarkan menggunakan kad ATM ataupun kad debit bank).

Mereka yang menentang skim ini gusar bahawa ia akan mengehadkan kebebasan para penerima bantuan untuk menggunakan wang bantuan mengikut kesesuaian mereka. Ramai penerima bantuan juga merasakan sukar untuk ke kedai panel JKM.

Timbalan menteri bagi pembangunan masyarakat, keluarga dan wanita memperjelaskan bahawa tidak semua penerima kad akan terkesan dengan skim percubaan ini, di mana beliau turut menyatakan bahawa skim ini hanya akan melibatkan penerima bantuan baru. Beliau menyatakan bahawa dakwaan skim ini akan merangkumi semua penerima warga kurang upaya juga adalah sebuah salah faham.

Skim JKMPay bermula sejak February tahun lalu di bawah fasa permulaan selama enam bulan melibatkan 2,000 dari 550,000 penerima bantuan kebajikan. Di Malaysia, mereka yang layak menerima bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Malaysia menerima hanya RM450 setiap bulan bagi mereka yang bekerja serta RM 350 jika mereka tidak bekerja – di mana nilainya jelas di bawah garis pendapatan kemiskinan kebangsaan iaitu RM2,208 per isi sebuah rumah.  

Jelas, ramai yang keliru dan bimbang akan skim ini.

READ MORE:  Cashless cards for welfare recipients: Ministry must clarify issues

Kementerian sepatutnya memperjelas bahawa skim ini bukanlah wajib dan samaada ia akan diteruskan kepada penerima bantuan yang lain pada masa hadapan.

Kementerian sepatutnya mendengar pandangan dari semua pemegang taruh yang relevan serta turun ke akar umbi bagi memahami kesan dari skim ini kepada kesemua penerima bantuan. Sebarang perubahan kepada sistem sedia ada sepatutnya bagi memudahkan kumpulan sasaran.

Kementerian perlu memastikan penerima bantuan bahawa skim ini dijalankan secara sukarela sepenuhnya dan tiada sesiapa yang diwajibkan untuk mendaftar kepada skim ini. Mereka juga perlu memastikan bahawa harga barangan dijual di kedai panel ini tidak mahal berbanding kedai lain. Selain itu, mereka juga patut menyatakan syarat bagi pemilihan kedai untuk dimasukkan sebagai panel yang diluluskan.

Jika kerajaan serius bagi mempromosi ‘keluarga Malaysia’ yang merangkumi semua, mereka tidak patut memulakan bantuan kebajikan yang akan lebih menyukarkan kelompok sasaran.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
27 Januari 2022

Terjemahan oleh: Zikri Rahman



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments