Ismail Sabri sepatutnya tidak mengugut Sarawak sebagai sebahagian dari ‘Keluarga Malaysia’

Source: WIKIPEDIA

Ugutan halus Ismail Sabri Yaakob yang mengatakan bahawa projek pembangunan di Sarawak barangkali tidak akan diteruskan jika pengundi membuat “keputusan salah” sungguh mengejutkan.

Perdana Menteri kelmarin memberitahu bahawa “banyak lagi projek yang menanti untuk diluluskan barangkali tidak akan diteruskan jika pentadbiran negeri berbeza dari kerajaan pusat”.

Rakyat Sarawak sepatutnya bebas untuk mengundi tanpa rasa takut atau perlu terhutang budi di dalam sebuah demokrasi, apatah lagi mereka merupakan sebahagian dari “keluarga Malaysia” yang besar.

Pastinya Ismail Sabri sedar bahawa ianya tidak beretika bagi kerajaan pusat untuk mengugut menahan projek pembangunan jika rakyat mengundi parti lain pada 18 Disember nanti.

PM perlu tahu bahawa rakyat Sarawak berhak mendapat pembangunan yang didanai oleh pembayar cukai, tanpa mengira parti atau gabungan yang diundi oleh mereka ke tampuk kekuasaan.

Ancaman berbentuk diskriminasi sebegini bagi memberhentikan projek pembangunan jika rakyat “salah mengundi” sungguh tidak demokratik serta menjelikkan.

Cukuplah dengan rakyat Sarawak tidak menerima peruntukan seadilnya di dalam Belanjawan 2022, walaupun Sarawak menyumbang cukup banyak kepada hasil negara melalui sumber asli dan gas mereka.

Diskriminasi sewenang-wenangnya ini sungguh tidak menguntungkan Sarawak, di mana kemiskinan berleluasa semenjak persekutuan Malaysia dibentuk bersama dengan Sabah, Malaya dan Singapura (yang keluar selepas dua tahun kemudiannya).

Sebagai pemimpin kepada keluarga Malaysia, Ismail Sabri sepatutnya menyeru agar rakyat Sarawak untuk keluar bagi menjalankan hak demokratik untuk mengundi parti pilihan mereka berdasarkan rekod dan manifesto.

Ismail Sabri sepatutnya segera menarik balik kenyataan dan memohon maaf – jika tidak, kami akan menyeru rakyat Sarawak agar menolak di kertas undi mereka yang membuat kenyataan bagi memberhentikan projek pembangunan yang sepatutnya diberikan kepada rakyat.

READ MORE:  Election Commission - not state agencies - should draft Covid rules for Sarawak election

Suruhanjaya Pilihanraya sepatutnya menyiasat jika ugutan Ismail Sabri bagi menghentikan projek pembangunan jatuh di bawah Seksyen 9 Akta Kesalahan Pilihanraya dibawah “pengaruh tidak wajar”. Seksyen 9(1) membuatnya menjadi satu kesalahan untuk mengancam membuat kerugian ke atas seseorang atau secara terus atau campurtangan secara tidak langsung kepada kebebasan hak pengundian seseorang.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
6 Disember 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments