Home Media statements Hukuman berat terhadap Fahmi Reza, kebebasan bersuara tergugat

Hukuman berat terhadap Fahmi Reza, kebebasan bersuara tergugat

Fahmi Reza

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Baru-baru ini, Mahkamah Sesyen Ipoh telah menjatuhkan hukuman selama sebulan penjara dan denda sebanyak RM30,000 terhadap kartunis dan penulis politik Fahmi Reza selepas beliau didapati bersalah di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Aliran berasa amat terkejut dengan hukuman keras yang dijatuhkan hanya kerana mempersendakan pemimpin dan institusi yang menyokong mereka.

Ini adalah di antara undang-undang menindas (termasuk Akta Hasutan) yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk ‘mendiamkan’ suara-suara yang pengkritik dan menakut-nakutkan mereka. Tujuan wujudnya undang-undang ‘draconian’ seperti ini adalah untuk membenarkan kerajaan mentafsirkan peruntukan undang-undang mengikut agenda mereka iaitu dengan mengekalkan kuasa mereka dan mendiamkan sesiapa yang mengkritik.

Fahmi telah didakwa dan didapati bersalah dibawah Seksyen 233(1)(a) yang menyatakan secara meluas:

Seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar telah membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain

Ramai yang tidak faham bagaimana karikatur tentang penyalahgunaan kuasa di media sosial dilihat sebagai satu ancaman dan menyingung perasaan.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, tujuan seksyen ini adalah untuk mengatasi isu buli diatas talian yang berleluasa di media sosial. Bukan untuk melindungi kerajaan daripada dikritik.

Ini jelas sekali memperlihatkan bagaimana kerajaan menggunakan tukul untuk menghentam pengkritik di media sehingga mereka akur. Kita juga tertanya-tanya bagaimana sebuah kerajaan yang mempunyai semua jentera kuasa melihat dirinya sebagai mangsa buli diatas talian dan perlukan perlindungan undang-undang.

Selain itu, terdapat juga persoalan di mana terdapatnya pelanggaran hak Fahmi untuk kebebasan bersuara seperti yang termaktub di dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan dan ditegakkan oleh perjanjian antarabangsa hak asasi manusia. Seperti yang kita sedia maklum, Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara kita dan sebarang pelanggaran terhadap kebebasan bersuara dan berekspresi adalah tidak berpelembagaan kecuali di atas sebab luarbiasa dan penting.

Terkini, Fahmi mencabar adakah Akta Komunikasi dan Multimedia mengikut perlembagaan, dan kami berharap beliau berjaya mendesak agar undang-undang yang menindas ini ditarikbalik.

Fahmi juga telah menubuhkan satu tabung bagi mengumpul dana untuk membayar denda RM30,000 melalui penjualan barangan. Kepada yang ingin membantu Fahmi mengumpul dana boleh ke laman facebook beliau: https://www.facebook.com/kuasasiswa

Rakyat Malaysia mesti bangun dan pertahankan kebebasan bersuara dan ekpresi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
22 Februari 2018

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x