Hentikan pengusiran paksa kepada petani

Kami terkejut dengan apa yang sedang dilakukan Kerajaan “Madani” ini

Jeyakumar was among four arrested today - PSM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran mengecam sekeras-kerasnya tindakan pejabat tanah daerah Kinta yang mengusir secara paksa enam petani di Kanthan di Tambun, Perak serta pemusnahan tanah ladang yang akan berlaku, termasuk tanaman yang diusahakan.

Penahanan empat anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) – pengerusi Dr Jeyakumar Devaraj, ahli jawatankuasa R Kathiges, anggota sayap pemuda Perak P Kesavan dan petani Ho Pon Tien – yang terlibat bersama protes itu sama sekali tidak perlu. Begitu juga kecederaan yang dialami oleh ahli jawatankuasa pusat PSM Chong Yee Shan, yang ditolak jatuh.

Ia sebuah episod yang memalukan kerajaan negeri Perak serta agensi terbabit.

Ia merupakan sebuah pertikaian tanah yang mesti diselesaikan secara adil dan aman. Petani ini telah mengusahakan tanah tersebut selama beberapa dekad dan di antara pengeluar makanan utama di Perak.

Terdapat sebuah persefahaman di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan petani. Para petani bersedia untuk bekerjasama dan berpindah ke tapak alternatif yang sesuai, tetapi ia tidak berhasil. Sebaliknya, petani berdepan pengusiran mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara.

Memorandum dihantar kepada menteri besar Perak, Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Mohamad Sabu dan, baru-baru ini, PM sendiri.

Dengan keselamatan makanan menjadi isu penting bagi Malaysia, pastinya tanah alternatif untuk kegunaan industri – jika ini benar-benar itulah kegunaannya yang sebenar – boleh didapati di Perak. Mengapa menghalau petani yang telah bertani secara produktif dan memberi makan kepada negara?

Kita tidak faham apakah yang kerajaan “Madani” sedang lakukan. Sangat senang untuk menjadi fasih tentang pencabulan hak asasi manusia di luar negara atau di pentas antarabangsa. Namun, sama pentingnya untuk menguruskan apa yang berlaku di halaman belakang rumah sendiri! Nasib petani Kanthan tidak boleh diendahkan.

READ MORE:  Jaminan pengeluaran makanan di Perak terjejas akibat pengusiran petani Kanthan

Aliran mendesak agar:

  • diberhentikan terus semua pengusiran paksa petani dari tanah mereka
  • sebuah penyelesaian yang adil dan saksama perlu dibincangkan dalam tempoh waktu yang munasabah
  • membebaskan semua yang ditahan dengan segera [terbaru: mereka dilepaskan pada pukul lapan malam dengan ikat jamin polis]

Jawatankuasa eksekutif Aliran
24 Oktober 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments