Hentikan penangguhan persidangan Parlimen sesuka hati PN

26 views

Persidangan parlimen yang jarang berlaku serta tidak menentu sejak Langkah Sheraton tahun lalu menjadi sumber kebimbangan rakyat.

Di dalam demokrasi, Parlimen menjadi ruang wakil yang diundi rakyat, iaitu ahli Parlimen dan ahli dewan undangan negeri, bertemu untuk membincangkan keluhan dan permasalahan awam.

Jadi, penutupan Parlimen dalam tempoh yang lama serta sesi yang terlalu singkat ketika Parlimen mula bersidang merupakan ancaman serius kepada hak rakyat untuk didengari. Hasilnya, banyak permasalahan yang serius terpaksa diketepikan.

Sidang Parlimen yang pertama tahun ini, yang bermula pada 26 Julai, sangat ditunggu oleh Ahli Parlimen dan rakyat. Parlimen akhirnya bersidang selepas mendapat tekanan dari ahli politik, kelompok masyarakat sivil serta Agong.

Namun ianya sungguh mengecewakan. Ordinan darurat serta pengisytiharan darurat tidak dibentang serta diundi di Parlimen.

Kekecewaan orang awam tidak berakhir di situ. Sesi ini kemudiannya ditangguhkan secara tergesa-gesa pada 29 Julai selepas Agong menegur pentadbiran Perikatan Nasional berkaitan ‘pembatalan’ ordinan darurat serta pengisytiharan darurat yang katanya dilakukan secara terdahulu.

Itu sahaja tidak cukup, kita dimaklumkan bahawa persidangan esok juga ditangguh ke suatu tarikh yang tidak diketahui. Sebab yang digunakan juga meragukan: beberapa pekerja Parlimen dikatakan positif Covid. Ianya lebih dari ironi saatnya Parlimen dibenarkan untuk bersidang pada 26 Julai ketika peratusan kes positif di Parlimen adalah 2.8%, namun tidak pula dapat dijalankan esok ketika kadar jangkitan hanyalah 0.9%.

Sudah tentu, keadaan ini sepatutnya tidak membenarkan Parlimen untuk ditutup terus kerana terdapat banyak pilihan lain jika kehadiran secara fizikal benar-benar mustahil. Parlimen hibrid atau persidangan atas talian merupakan alternatif yang boleh dilakukan, seperti yang ditunjukkan negara lain. Jadi, mengapa ianya tidak dapat dijalankan di sini?

READ MORE:  As Malaysia sinks, Parliament needed more than ever

Ramai yang berpendapat bahawa melewat-lewatkan persidangan Parlimen serta sesi singkat ini berlaku kerana ketakutan Perdana Menteri Mahiaddin Yasin, berdepan kekalahan di dalam pengundian jika ada usul diketengahkan. Beliau nampaknya lebih berminat untuk melindungi kepentingan politiknya berbanding untuk kisah kebajikan mereka yang terkesan terus dengan pandemik.

Kami geram dengan tindakan sambil lewat pentadbiran diketuai Mahiaddin ini dengan sesuka hati membuka dan menjalankan sidang Parlimen, dengan hanya memikirkan keuntungan politiknya semata-mata.

Kami mendesak agar persidangan parlimen diadakan dengan lebih kerap dan lebih panjang. Tarikh-tarikh ini perlu ditetapkan, dan penambahan sesi kecemasan perlu dibenarkan jika berlaku sesuatu yang di luar kebiasaan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
1 Ogos 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments