Denda RM500,000 terhadap Malaysiakini: Respon memberangsangkan merupakan petanda hasrat rakyat dukung kebebasan berekspresi

Image: Geralt/Pixabay

Aliran teguh bersetiakawan bersama Malaysiakini, yang dikenakan denda tinggi sebanyak RM500,000 oleh Mahkamah Persekutuan pagi ini kerana menghina mahkamah.

Keputusan ini mengejutkan kerana ianya petanda kebebasan media serta kebebasan ekspresi dihakis, di mana kedua-duanya merupakan tiang seri demokrasi.

Ianya seakan menggugat kebebasan yang telah dicapai sejak kebelakangan tahun ini, di mana portal berita harus lebih berhati-hati di dalam menyediakan ruang bagi komen pembaca. Jika benar, ia bermaksud bahawa budaya penapisan kendiri akan meresap ke portal berita, sekaligus memberi kesan kepada kemandirian kewartawanan.

Perkara ini turut memberi kesan meluas kepada kebebasan rakyat untuk berdebat isu melibatkan kepentingan awam serta negara. Sebagai pemegang taruh kepada pembinaan negara, rakyat dari segenap lapisan masyarakat mempunyai hak untuk terlibat di dalam proses membuat keputusan. Menafikan hak yang tidak dapat dipisahkan dari rakyat bagi mengekpresi pendapat mereka sekaligus mengakibatkan demokrasi yang kita raikan berada dalam keadaan goyah.

Dalam masa beberapa jam rayuan kutipan dana Malaysiakini kepada orang ramai, portal berita itu berhasil mengutip lebih RM500,000. Respon memberangsangkan ini merupakan petanda hasrat rakyat bagi mempertahankan kebebasan berekspresi serta melindungi kebebasan media.

Ianya turut menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi akur menyerah.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
19 Februari 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.