Darurat membuktikan Muhyiddin terdesak mahu kekalkan kuasa

Kami mendesak supaya pengisytiharan darurat dibatalkan dengan pantas serta kuasa dekkepada wakil rakyat yang dipilih kita

Muhyiddin Yassin

Di dalam tempoh 24 jam, rakyat Malaysia tiba-tiba berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan kali kedua serta pengisytiharan darurat di seluruh negara.

Aliran memahami keperluan perintah kawalan pergerakan yang baru bagi menangani bilangan kes yang semakin tinggi.

Namun tidak seperti kali pertama kawalan pergerakan dijalankan, tiada dukungan atau bantuan kewangan yang dicadangkan kepada pelbagai industri yang masih terkesan serta ramai lagi warga Malaysia yang kehilangan pekerjaan dan kini menanggung beban. Bagaimanakah warga kita dapat meneruskan hidup?

Pengisytiharan darurat, yang pernah cuba dilakukan namun digagalkan, benar-benar mengejutkan banyak pihak. Kenyataan PM bahawa penularan pandemik memerlukan darurat adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan. Ianya merupakan isu kesihatan awam, namun apakah ianya darurat seperti yang dimaknakan di dalam undang-undang kita? Beberapa pakar undang-undang berpendapat sebaliknya.

Aliran mengulang persoalan yang ditimbulkan oleh ahli pengamal undang-undang: di mana daruratnya ini?

Aliran ingin menegaskan bahawa pengisytiharan keadaan darurat di seluruh negara tidak menyediakan penyelesaian kepada keadaan ekonomi kita yang mendesak serta kesusahan dan kesukaran yang dihadapi rakyat Malaysia.

Tambahan, nasib demokrasi berparlimen juga perlu diberikan perhatian khususnya melibatkan kesan negatif yang serius berikutan kurangnya kuasa semak dan imbang di bawah pemerintahan darurat, misalnya, memberikan kuasa yang sewenang-wenangnya kepada PM.

Menggantung Parlimen, dewan undangan negeri serta pilihan raya ketika semua yang lain berjalan seperti biasa di bawah keadaan darurat ini membuktikan bahawa Muhyiddin terdesak untuk mengekalkan kuasa walaupun ianya jelas bahawa beliau sudah pun kehilangan majoriti tipis di dalam Parlimen.

Aliran menolak salah guna demokrasi berparlimen yang sebegini. Kami mendesak supaya pengisytiharan darurat dibatalkan dengan pantas, sidang Parlimen serta pentadbiran dibenarkan semula, serta pengembalian kuasa kepada wakil rakyat yang dipilih kita.

READ MORE:  NGOs ask courts to consider role of judiciary and Parliament in ensuring checks and balances during emergency

Ahli jawatankuasa Aliran
13 Januari 2021

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.