Benarkan warga Sarawak di luar negeri untuk mengundi pos, ahli Aliran desak dalam ketetapan sebulat suara

Aliran members passed a unanimous resolution - ALIRAN

Ahli yang menghadiri mesyuarat agung Aliran kali ke-45, yang dijalankan secara maya pada pagi ini, mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya agar membenarkan warga Sarawak bekerja atau menetap di luar negerinya untuk mengundi pos dalam pilihan raya negeri pada 18 Disember nanti.

Ketetapan yang disepakati sebulat suara itu seperti berikut:

Mesyuarat agung tahunan ini, dengan mengutamakan kepentingan demokrasi berparlimen serta selaras dengan prinsip menuntut pilihan raya adil dan bersih, mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membenarkan undi pos kepada warga Sarawak yang bekerja dan menetap di Sarawak, agar tiada pengundi yang dinafikan atau dihalang haknya dari mengundi akibat desakan ekonomi.

Tambang yang tinggi untuk keluar dan masuk Sarawak boleh menjadi batu penghalang akibat bertembung dengan musim cuti dan perayaan nanti. Ramai yang tidak berkemampuan untuk berbelanja begitu banyak semata-mata untuk memangkah kertas undi.

SPR mempunyai tanggungjawab bagi memastikan proses pengundian berjalan supaya tiada yang dinafikan haknya.

Di dalam suasana pandemik sekarang, pengundian secara pos lebih masuk akal serta sebuah alternatif yang boleh digunapakai. Dengan SPR mempunyai pejabat di setiap negeri, pejabat yang berada di luar Sarawak boleh digunakan sebagai pusat pengundian bagi membenarkan warga Sarawak untuk membuang undi.

Mesyuarat tahunan Aliran menyaksikan kehadiran yang cukup tinggi sejak beberapa tahun lalu. Masalah rasuah serta kurangnya keterangkuman seringkali ditimbulkan oleh ahlinya. Antara hal lain yang disentuh juga termasuklah sentimen etno-keagamaan yang sering diapi-apikan, hutang kerajaan yang menimbun, meningkatnya tahap kemiskinan serta lompat parti.

Keyakinan terhadap masa hadapan negara tampaknya semakin goyah, dan ramai ibu bapa yang mempunyai anak belajar di luar negara menasihatkan agar anak mereka untuk tidak kembali selepas selesai pengajian.

READ MORE:  Will Sarawakians save Malaysia?

“Namun adalah amat penting untuk kita tidak putus harapan,” begitu ucapan presiden Aliran, Anil Netto, kepada ahlinya. “Kita jangan merasa tidak yakin akan kemampuan, hatta oleh kelompok yang kecil dalam membawa perubahan.”

Kumpulan seperti Aliran memainkan peranan penting bagi menyalakan harapan serta mendorong pembaharuan dan reformasi. “Kita mempunyai peranan yang genting bagi menggalakkan masa hadapan yang lebih terangkum, demokratik serta mampan dengan meningkatkan kesedaran awam.”

Ahli Aliran memilih semula Anil sebagai presiden, Dr Azmil Tayeb sebagai setiausaha kehormat, Dr Prema Devaraj sebagai timbalan setiausaha kehormat serta Henry Loh sebagai bendahari kehormat.

Juga yang diundi semula selaku jawatankuasa eksekutif adalah Dr Francis Loh, Dr Mustafa K Anuar, Andrew Wong, Prof Zaharom Nain, K Haridas, Mary Magdaline Pereira, Dr Khoo Ying Hooi, Dr Christopher Chong dan Dineskumar Ragu.

Muka baru yang dipilih menjadi ahli jawatankuasa adalah Sukeshini Nair dan Zikri Rahman.

David Yeoh dilantik menjadi juruaudit kehormat.

Dr Azmil Tayeb
Setiausaha kehormat
27 November 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments