Banteras kebencian, tegakkan perikemanusiaan – 41 NGO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kami, 41 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menandatangani kenyataan ini, menyambut baik seruan Ketua Polis Negara Khalid Ismail kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan naratif negatif, serta ajakannya agar semua pihak kekal tenang di tengah-tengah kebimbangan bahawa sentimen dalam talian terhadap pelarian Rohingya di Malaysia boleh mencetuskan ketegangan.

Khalid telah menegaskan bahawa dari tahun 2024 hingga kini, hanya 89 individu Rohingya yang terlibat dalam jenayah.

Seruan beliau amat tepat pada masanya, memandangkan kebangkitan ucapan kebencian dan retorik keji terhadap orang Rohingya baru-baru ini telah mendorong sebahagian penduduk tempatan bertindak sebagai hakim sendiri. Ini amat membimbangkan. Jika dibiarkan, ia boleh merebak menjadi sesuatu yang jauh lebih berbahaya.

Gelombang xenofobia ini sebahagian besarnya dicetuskan oleh maklumat palsu yang sengaja direka, termasuk dakwaan bohong bahawa orang Rohingya menuntut kewarganegaraan. Terdapat juga petisyen dalam talian yang menyeru agar mereka diusir dari negara ini.

Akibatnya, komuniti ini telah menghadapi gangguan secara lisan dan fizikal, malah turut menerima ancaman terhadap nyawa mereka, menyebabkan ramai yang takut untuk keluar rumah.

Kami mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang bertindak di luar batasan undang-undang demi menjadikan kehidupan pelarian Rohingya tidak tertanggung.

Orang Rohingya adalah pelarian yang terpaksa melarikan diri dari tanah air mereka di Myanmar untuk mengelak daripada penganiayaan, kekejaman dan pembunuhan. Mereka tidak datang ke sini sebagai pendatang ekonomi.

Mereka perlu terus hidup sambil menunggu penempatan semula di negara ketiga, yang kini semakin berkurangan. Ini bermaksud mereka memerlukan akses kepada pendidikan untuk kanak-kanak, penjagaan kesihatan dan cara untuk menyara kehidupan.

Namun pada masa ini, kanak-kanak pelarian tidak dibenarkan memasuki sekolah kerajaan. Pelarian juga terpaksa membayar kadar yang jauh lebih tinggi di hospital awam, yang menyukarkan mereka yang berpendapatan rendah, terutama sekali memandangkan mereka tidak dibenarkan bekerja secara sah.

READ MORE:  When noise drowns out action: Why we're losing the ability to spot real leaders

Walaupun begitu, ramai yang bekerja secara tidak rasmi bagi memenuhi keperluan asas mereka, sering kali dalam pekerjaan bergaji rendah yang tidak diminati oleh penduduk tempatan. Kerana mereka tidak mempunyai dokumen rasmi, mereka kerap dieksploitasi, dibayar kurang daripada yang sepatutnya dan mudah menjadi mangsa ugutan malah pemerasan.

Dalam konteks inilah kerajaan perlu segera mewujudkan sistem dan langkah yang berkesan bagi memastikan orang Rohingya sekurang-kurangnya dapat memenuhi keperluan asas mereka tanpa terdedah kepada eksploitasi oleh pihak awam atau swasta, sambil menunggu penempatan semula ke negara ketiga.

Ini perlu bagi menangani kebimbangan yang sah daripada kedua-dua pihak – komuniti Rohingya mahupun masyarakat umum – dengan cara yang bertamadun dan berperikemanusiaan.

Kami mengakui bahawa segelintir individu Rohingya telah terlibat dalam jenayah dari semasa ke semasa. Mereka perlu dibawa ke hadapan keadilan dan menanggung akibat daripada tindakan mereka.

Namun, seluruh komuniti tidak boleh dihukum atas perbuatan segelintir orang, kerana itu bererti kita sedang melakukan prasangka dan stereotaip. Lagipun, ketua polis sendiri telah menegaskan bahawa hanya 0.02% kes jenayah melibatkan orang Rohingya.

Ramai rakyat Malaysia yang biasa selalu menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang menderita, terutama mereka yang kehilangan segalanya akibat tragedi yang tidak dijangka atau kekejaman yang sukar dibayangkan.

Inilah sifat murni kita, dan kita tidak boleh membiarkan kempen kebencian dan fitnah yang sengaja dirancang menghakis nilai tersebut.

19 June 2026

  1. Al-Ikhlas Hope Society
  2. Agora Society Malaysia
  3. Aliran
  4. Allied Coordinating Council of Islamic NGOs Malaysia (Accin)
  5. Angkatan Kesatuan Siswa Malaysia (Aksi)
  6. Beyond Borders
  7. Carefugees
  8. Caring Hearts Bhd
  9. Centre for Human Rights Research and Advocacy (Centhra)
  10. Centre for Independent Journalism
  11. Citizens International
  12. Consumers’ Association of Penang (CAP)
  13. Eco Knights
  14. Humanitarian Aid Selangor
  15. Johor Indian Business Association (Jiba)
  16. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
  17. Malaysians Against Death Penalty and Torture (MADPET)
  18. Malaysian Aids Foundation
  19. Muslim Professionals Forum (MPF)
  20. North South Initiative
  21. OHMSI Sdn Bhd
  22. OWL Center for Peace Penang
  23. Palestine Solidarity, Penang (PSP)
  24. Penang4Palestine (P4P)
  25. Penang Stop Human Trafficking Campaign
  26. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
  27. Persatuan Pengguna Luar Bandar dan Ekologi Malaysia (Rural Malaysia)
  28. Pertubuhan Advokasi dan Pemerkasaan Masyarakat (Ace)
  29. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
  30. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
  31. Refugee Emergency Fund
  32. Refuge for the Refugees
  33. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  34. Sedarjat
  35. Tanjong Bunga Residents’ Association
  36. Tenaganita
  37. Teras Pengupayaan Melayu
  38. The Dr Wu Lien Teh Society
  39. ⁠Viva Palestina Malaysia (VPM)
  40. Youth Empowerment Support (Yes)
  41. Yayasan Atfal Jannah

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted