Awan gelap mengiringi kebebasan media di Malaysia

GERALT/PIXABAY

Aliran gusar dengan perkembangan semasa yang akan memberi kesan buruk kepada kebebasan media serta kebebasan ekspresi dalam negara.

Sebuah kes yang berlaku di mana ketua editor New Straits Times (NST) Ahmad Lokman Mansor bakal diketepikan dari jawatannya kerana campur tangan oleh ahli berpengaruh dalam Umno.

Lokman dilaporkan akan digantikan oleh Farrah Naz Karim, seorang penerbit eksekutif di program isu semasa Prima Television Networks

Kami terkejut apabila mengetahui Lokman, yang membuat perubahan positif di kumpulan media ini sejak beberapa tahun lalu, diketepikan kerana beliau nampaknya tidak mahu mengikuti kehendak pemilik media tersebut iaitu Umno.

Lokman diberi pilihan untuk kembali ke ruangan bisnes bagi suratkhabar harian Bahasa Inggeris ini yang dikawal Umno, yang beliau pernah berkhidmat sebelum ini, atau meninggalkan syarikat.

Tampaknya, profesionalisme diketepikan bagi kepentingan politik. Ia merupakan sesuatu yang mengejikan kepada integriti bidang kewartawanan serta industri media.

Propaganda politik murahan tidak ada tempatnya dalam syarikat media seperti ini dalam berkhidmat kepada masyarakat seluas-luasnya, yang sepatutnya dipimpin oleh etika kewartawanan.

Sesetengah pihak merasakan perubahan di peringkat atas organisasi ini adalah persediaan bagi pilihan raya akan datang, di mana media berafiliasi parti dijangka akan cuba mengubah minda dan fikiran pengundi bagi kepentingan politik.

Sebuah lagi kes berkaitan ialah dakwaan jenayah fitnah ke atas bekas editor Edge Ahmad Azam Mohd Aris serta editor penyumbang M Shanmugam.

Seperti dinyatakan oleh penerbit The Edge Media Group serta CEO syarikat Ho Kay Tat, ia sesuatu yang mengejutkan bila pihak berkuasa bercampur tangan bagi sebuah pertikaian sivil.

The Edge, yang memfokuskan kepada saham pasaran dan sektor korporat, mempunyai tanggungjawab awam bagi melaporkan perkara kepada orang awam yang melabur.

READ MORE:  Press must not be obstructed when carrying out duties - Bar

Kami mendesak agar pentadbiran Ismail Sabri Yaakob untuk mengekalkan janji mereka untuk tidak campur tangan dengan kebebasan media.

Ia sesuatu yang memalukan jika keterbukaan media Malaysia sejak beberapa tahun lalu ini dicemarkan dengan tindakan sebegini. Diamnya kerajaan berkaitan isu sebegini merupakan sebuah perkembangan yang sungguh mengecewakan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
14 September 2022



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Khoo Soo Hay
Khoo Soo Hay
16 Sep 2022 2.56pm

Don’t mention race! We are all one race . MALAYSIANS !!