Aliran mengutuk sebarang percubaan untuk menekan sistem kehakiman

The law and justice

Aliran mengutuk pelbagai bentuk tekanan yang dilakukan oleh beberapa pihak terhadap sistem kehakiman beberapa hari lalu, ketika berlakunya rayuan oleh Najib Razak di Mahkamah Persekutuan.

Kami juga terkejut ketika mengetahui bahawa terdapat ancaman bunuh melibatkah Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat, yang mengetuai barisan lima anggota hakim bagi mendengar rayuan ini.

Ia cukup menenangkan keadaan apabila kita mendapat tahu bahawa polis dengan pantas menahan suspek, dan harapnya, ia akan menjadi satu pengajaran kepada yang lain untuk tidak mempunyai niat buruk.

Seperti yang diketahui, kebebasan serta integriti kehakiman menjadi buruk akibat ketidakprofesionalan pasukan perundangan Najib di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Benar setiap pihak yang terkesan berhak untuk mendapatkan hak samarata di mahkamah, tanpa mengira kedudukan mereka. Namun, pastinya kita juga tidak boleh pilih kasih.

Kehakiman merupakan tunjang utama kepada sistem demokrasi berperlembagaan; jadi amat penting bagi keadilan untuk dicapai tanpa gentar mahupun pilih bulu.

Kami juga gusar jika ada pihak yang melihat keengganan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk komen dalam perkara ini sebagai akurnya beliau kepada tekanan sebegini.

Akhir sekali, terdapat keperluan untuk membawa mereka yang cuba mencabar persidangan mahkamah – dengan membuat kenyataan awam serta bertindak bagi menghalang, menggagalkan atau memalukan mahkamah dalam urusan keadilan – ke muka pengadilan untuk menghadapi dakwaan menghina mahkamah.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
21 Ogos 2022



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments