Aliran bimbang PKR mempertimbangkan ‘tiada pertandingan’ bagi jawatan tertinggi parti

Pertandingan terbuka bagi jawatan tertinggi parti membolehkan pemimpin yang berkebolehan dengan idea-idea baharu muncul dan berpotensi membawa parti ke arah pencapaian baharu

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran kecewa dengan PKR yang mempertimbangkan untuk menghalang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi kepimpinan dalam pilihan raya parti itu pada Mei.

Pengerusi biro antarabangsa parti, Shamsul Iskandar Akin, telah menyatakan cadangan ini muncul daripada perbincangan dalaman dan perundingan parti.

Cadangan sedemikian bercanggah dengan prinsip-prinsip demokrasi yang sepatutnya dipertahankan oleh parti reformis ini.

Sebagai parti utama dalam kerajaan gabungan “Madani”, PKR perlu menunjukkan kepada rakan gabungannya dan rakyat Malaysia komitmen sebenarnya terhadap amalan demokrasi.

Menghalang pertandingan bagi jawatan tertinggi boleh menafikan hak ahli parti untuk memilih pemimpin mereka secara berkala. Sekatan ini juga akan menghalang proses pembaharuan demokrasi semula jadi parti.

Pertandingan terbuka bagi jawatan tertinggi parti membolehkan pemimpin yang berkebolehan dengan idea-idea baharu muncul dan berpotensi membawa parti ke arah pencapaian baharu.

Dengan mempertimbangkan sekatan sedemikian, PKR berisiko mencontohi parti-parti lain yang telah menghalang pertandingan kepimpinan. Ia akan menguatkan persepsi tentang rasa ketidakterjamin kepimpinan dan malah autoritarianisme yang menjalar.

Mengadakan pilihan raya bagi jawatan tertinggi parti adalah amalan yang sepatutnya diterima pakai oleh PKR dan bukannya dielakkan.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
3 Februari 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments