‘Addendum’ pengampunan Najib: Anwar perlu jelaskan kepada rakyat

Kami mendesak agar tidak ada preseden baru yang dibentuk yang tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan komitmen negara kepada pemerintahan berdasarkan undang-undang

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran terkejut dan kecewa dengan penemuan “lampiran” baru-baru ini setelah mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari.

Berita mengenai lampiran itu hanya muncul dua bulan selepas mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim diwakili dalam Lembaga Pengampunan. Pentadbiran ini juga merupakan pihak dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh Najib Razak.

Oleh itu, PM tidak boleh mengaku tidak tahu atau tidak terlibat dalam proses tersebut.

Ketiadaan ketelusan dan kejujuran pada semua peringkat membuatkan semangat “Madani” terjejas. Kerajaan harus ingat bahawa pada akhirnya ia bertanggungjawab kepada rakyat.

Kami mendesak agar tidak ada preseden baru yang dibentuk yang tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan komitmen negara kepada pemerintahan berdasarkan undang-undang.

Kami menyeru kerajaan untuk menjelaskan apa yang sedang berlaku untuk makluman semua pihak yang risau mengenai perkembangan di Malaysia.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
25 April 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments