50,000 tandatangan petisyen menyokong sidang Parlimen dua minggu!

2
201

Kecewa dengan pengumuman kerajaan Perikatan Nasional mengenai sidang Parlimen yang akan berlangsung satu hari sahaja pada 18 Mei, Aliran mengeluarkan satu kenyataan bertajuk “Mesyuarat satu hari sahaja: Jangan menperlekehkan Parlimen!” yang memanggil PN untuk mengadakan persidangan Parlimen yang betul agar isu-isu kritikal dapat dibahaskan dengan segera.

Aliran kemudiannya melancarkan satu petisyen pada 24 April untuk menggesa persidangan Parlimen diadakan sekurang-kurangnya dua minggu bermula 18 Mei (tidak termasuk waktu cuti Raya). Sehingga pagi ini lebih 50,000 orang telah menandatangani petisyen tersebut untuk menyokong persidangan Parlimen yang lebih produktif.

Walaupun kehidupan kita terjejas disebabkan oleh situasi pandemik Covid-19 yang berlaku sekarang, kita sebagai rakyat tetap sedar betapa pentingnya demokrasi berparlimen dan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan mekanisme semak dan imbang berjalan dengan efektif.

Pada 1 Mei PM mengumumkan bahawa kerajaan akan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan bersyarat bermula 4 Mei dan memberi kelonggaran dalam perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19. Kerajaan membenarkan pergerakan yang lebih jauh di luar radius 10km, empat orang dari rumah yang sama akan dibenarkan melakukan perjalanan dengan kereta yang sama, restoran dibenarkan menerima pelanggan makan dalam restoran dengan jarak dua meter antara meja, dan penumpang pengangkutan awam boleh menggunakan perkhidmatan tersebut dengan syarat mereka memakai topeng muka dan mempraktiskan jarak sosial.

Tetapi mengapa kebebasan ahli Parlimen dibataskan? Dengan pelonggaran perintah kawalan pergerakan, alasan untuk mengadakan sidang Parlimen hanya sehari tidak lagi relevan. Persidangan satu hari sekarang boleh dipanjangkan kepada dua minggu. Persidangan Parlimen boleh diaturkan supaya jarak sosial dapat dikekalkan atau menggunakan kaedah telekonferen seperti yang digunakan di Singapura dan UK. Negara-negara ini telah menunjukkan bahawa Parlimen dapat bersidang secara lebih bermakna dan segala amalan dan prosedur Parlimen tidak perlu dikorbankan. Bahkan Korea Selatan berjaya mengadakan pilihan raya Parlimen pada pertengahan April!

READ MORE:  One-day meeting or just a two-hour sitting?

Demokrasi dalam Parlimen adalah sangat penting dan semua pihak perlu memastikan supaya ianya tidak dipermainkan. Pada sidang Parlimen berikutnya, kerajaan mestilah membincangkan dan membahaskan undang-undang, rancangan dan program untuk negara. Kesemua 222 anggota Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbincangan akan menghasilkan strategi yang lebih baik dan menyumbang kepada perancangan yang berkesan.

Pada persidangan kali ini, kerajaan harus bertanggungjawab di atas perbelanjaan besar yang dikeluarkan dalam menangani wabak ini. Ahli Parlimen mesti diizinkan untuk meneliti pakej rangsangan bernilai RM260bn, membincangkan cara-cara menangani pemberhentian pekerja dan membahaskan tentang pengendalian pelarian tanpa dokumen semasa perintah kawalan pergerakan.

Negara kita sedang dilanda krisis. Ekonomi negara kita berada dalam kesulitan dan rakyat sedang berjuang untuk hidup dalam situasi pandemik Covid-19. Apa yang kita perlukan sekarang adalah kepemimpinan yang beretika, pemerintahan yang baik dan dasar yang mementingkan rakyat. Ketamakan dan perampasan kuasa hanya akan menjadikan negara ini terus hancur. Kita terlalu sering melihat perkara ini terjadi, dan ianya perlu dihentikan. Kepentingan nasional, iaitu kesejahteraan rakyat, mesti didahulukan.

Aliran sangat berharap agar anggota-anggota Parlimen dari kerajaan dan pembangkang mengutamakan keperluan negara dan rakyat semasa persidangan Parlimen ini.

Petisyen untuk memperpanjangkan persidangan Parlimen dan mewujudkan satu perbahasan yang bermakna akan disampaikan kepada Perdana Menteri Tan Sri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan setiausaha Dewan Rakyat Riduan Rahmat. Petisyen ini juga akan dihantar kepada pemimpin parti pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu), Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP).

Jawatankuasa eksekutif Aliran
READ MORE:  One-day Parliament sitting: Muhyiddin running scared – no majority support?

6 May 2020
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hakimi Abdul Jabar
9 May 2020 12.27pm

This is the position in Westminster :
…convention means the government will provide time for a debate.

https://www.bbc.com/news/uk-politics-46890481

Hakimi Abdul Jabar
9 May 2020 12.10pm

To even suggest that the very precepts of Constitutional Democracy enshrined in the Federal Constitution defers to an UNELECTED POTENTATE flies in the face of the MANDATE OF THE VOTING CITIZENS!

It seems a clear-cut attempt to beguile and mislead the public of well-entrenched conventions in the Malaysian constitution which follows that of Westminster.

Attempting to subjugate the clear & lucid voices of the Citizens Mandate is stifling Our Citizens Democratic Norms & Rights!