MAT Aliran melancar arkib digital tiga dekad Aliran Monthly

0
122

Aliran melancar arkib digital set Aliran Quarterly/Monthly dari 1980 hingga 2014 di majlis agung tahunan (MAT) ke41 hari ini.

Arkib digital merakam isu-isu kritikal yang menjejas orang Malaysia pada waktu ini, dengan memberi naratif alternatif terhadap sejarah negara.

Ini merupakan satu sumber yang bernilai bagi pelajar, wartawan, pengkaji dan orang Malaysia yang prihatin yang ingin mendapat perspektif baru tentang isu-isu berkenaan.

Usaha mendigitalisasikan arkib melibatkan imbasan dan/atau menukarkannya dalam versi pdf terhadap lebih kurang 14,000 halaman Aliran Quarterly/Monthly selama tiga dekad.

Ng Tien Eng demonstrates how to search the Aliran archives

Kesemua artikel ini adalah sumbangan sukarela oleh pelbagai ahli dan penyokong Aliran, dan keseluruhan arkib digital adalah percuma dan boleh didapati di https://aliran.com/digital-back-issues/

Ini adalah pemberian Aliran untuk semua warga Malaysia untuk mencatit ulangtahun ke40 sejak peluncurannya pada 12hb Ogos 1977.

Tradisi penulisan sukarela mengenai isu-isu yang diminati umum diteruskan secara online. Cari kami di aliran.com

Selain daripada ini, tahun lepas kelihatan bermulanya tugas Aliran yang disasar pada belia menerusi pelbagai aktiviti termasuk penayangan filem dan bengkel penulis muda.

Bagi tahun hadapan, ahli MAT setuju untuk meneruskan “outreach muda” dan membina kewujudan online Aliran ketika berhadapan dengan PRU akan datang.

MAT telah memilih semula Dr Prema Devaraj sebagai presiden untuk kali kedua. Henry Loh dipilih sebagai setiausaha kehormat, Dr Mustafa K Anuar sebagai penolong setiausaha kehormat dan Anil Netto sebagai bendahara kehormat.

READ MORE:  Aliran Monthly bound sets for sale

Ahli-ahli memilih segolongan berikut untuk menjadi ahli dalam jawatankuasa eksekutif: Dr Francis Loh, Andrew Wong, Prof Zaharom Nain, Dr Christopher Chong Eu Choong, Dr Lye Tuck-Po, Dr Azmil Tayeb, Dr Faisal Hazis, K Haridas, Angeline Loh, Damian Denis, and Cheah Wui Jia.

Leena Mohan dipilih sebagai auditor kehormat.

Henry Loh
Setiausaha kehormat
26 November 2017

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of