Syabas, Bersih 5; bebaskan mereka yang ditahan!

0
162
The Bersih 5 crowd outside KLCC on 19 November 2016

Aliran mengucapkan tahniah kepada semua yang berani menghadiri Bersih 5 kelmarin walaupun berhadapan dengan ugutan yang kuat. (English version)

Matlamat Bersih 5 tercapai dengan kehadiran berpuluhan ribu manusia. Kami mengucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam penganjurannya.

Ironisnya ialah sebahagian daripada penganjur telah ditahan sehari sebelum Bersih 5. Maria Chin telah ditahan di bawah Sosma yang zalim, manakala Mandeep Singh Karpall Singh, Ronnie Liu Tian Khiew, Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Arutchelvan Subramaniam, Wong Chee Wai @ Jimmy Wong, Lee Khai Men, Anis Syafiqah Md Yusof, Hairol Nizam Md Nor, Razali Zakaria dan Muhamad Safwan Anang@Talib direman di bawah Seksyen 147 (bersabit dengan rusuhan) atau Seksyen 511 (cuba melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara) Kanun Keseksaan.

Penangkapan ini tidak berhenti. Hishamuddin Rais dan Fahmi Redza ditahan ketika perhimpunan berlaku manakala Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua ditahan selepasnya pada sebelah malam. Kita anggarkan ada lagi yang akan ditahan.
Aliran mengutuk sekeras-kerasnya budaya politik yang berunsur ugutan dan keganasan. Penggunaan undang-undang untuk melarang suara kritis adalah amat tidak demokratik dan tidak boleh diterima sama sekali.

Penganjur, peserta dan speaker di Bersih 5 mempunyai hak untuk menganjur, berkumpul secara aman dan meluahkan protes terhadap pemerintah yang sudah hilang kredibiliti. Hak ini mesti dihormati oleh mana-mana pemerintah yang mendakwa dirinya demokratik.

Penggunaan Sosma, undang-undang yang bertujuan membenteras kegiatan pengganas, terhadap Maria adalah amat mengerikan. Apakah jenayah Maria? Beliau memang konsisten dengan gesaannya tentang pilihanraya yang bebas dan adil. Dia telah beberapa kali meminta akauntabiliti dari pemerintah. Dia telah konsisten dengan gesaan untuk kita memikirkan tentang makna demokrasi berparlimen. Ini adalah sumbangan yang membina lagi positif kepada kesedaran umum dan pembangunan negara terhadap demokrasi yang matang.

READ MORE:  Wrath of Sosma haunts Malaysia

Maria tidak pernah memperjuangkan atau menyetujui penggunaan kekerasan terhadap pemerintah atau sesiapapun, atau tidak pernah memperjuangkan apa-apa bentuk aktiviti haram untuk menjatuhkan sesebuah pemerintahan. Orang Malaysia sepatutnya berasa bangga terhadap wanita yang luar biasa ini.

Tindakan pemerintah untuk menahan beliau di bawah Sosma adalah satu pengkhianatan terhadap janji asal pemerintah mengenai penggunaan Sosma dan menunjukkan betapa terdesaknya pemerintah yang berkurangan dan mempunyai banyak benda untuk disembunyikan.

Aliran menggesa pembebasannya serta merta. Begitu juga halnya dengan tahanan lain. Perbuatan membuli dan mengugut terhadap protes yang sah tidak mendatangkan kebaikan kepada pemerintah. Ia hanya menambahkan lagi bilangan kezaliman dan memberi lebih kesahihan kepada rasional menganjurkan Bersih 5.

Marilah kita berkongsi lima mesej Bersih 5 di setiap pelusuk negara selagi ianya perlu untuk membina Malaysia Baru. Marilah kita bentuk satu demokrasi tulen di mana akauntabiliti dan keadilan menduduki tempat utama.
Bebaskan Maria dan bebaskan semua yang ditahan!

Jawatankuasa eksekutif Aliran
20 November 2016

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments