Prema Devaraj dilantik presiden Aliran wanita pertama, MAT menuntut Maria, Zunar dibebaskan

3
50
New Aliran president Dr Prema Devaraj

Ahli-ahli Aliran yang menghadiri mesyuarat agung tahunannya telah meluluskan sebulat suara satu resolusi tergempar untuk menuntut pembebasan Zunar tanpa syarat setelah beliau ditahan malam semalam, satu hari selepas satu gerombolan mengganggu pameran lukisannya di Pulau Pinang.

Dalam satu resolusi lain yang juga dilulus sebulat suara, ahli-ahli Aliran menuntut pembebasan Maria Chin Abdullah dari penahanan tanpa bicara. Mereka juga menuntut pemansuhan Sosma dan undang-undang zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Resolusi itu juga mencadangkan bahawa rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negara mengadakan sesi doa setiap hari agar Maria dibebaskan – secara individu maupun kumpulan – dalam tradisi agama masing-masing. Mereka mencadangkan doa ini dijalankan pada waktu senja hingga hari beliau dibebaskan.

Resolusi ini diluluskan berlatarbelakangkan perhimpunan Bersih 5 yang berjaya.

Dalam proses pemilihan persatuan ini, Dr Prema Devaraj telah dilantik sebagai presiden wanita pertama Aliran. Dr Francis Loh, yang menolak pencalonan, telah bertugas sebagai presiden selama lima penggal dan sebelum itu selama 20 tahun sebagai setiausaha kehormat pertubuhan.

Dr Mustafa K Anuar, Henry Loh dan Anil Netto masing-masing dipilih semula sebagai setiausaha kehormat, penolong setiausaha kehormat dan bendahari kehormat.

Ahli-ahli yang dipilih untuk menjawat dalam jawatankuasa eksekutif: Dr Francis Loh, Andrew Wong, Mohd Izzuddin Ramli, Dr Ngu Ik Tien, Prof Zaharom Nain, Ng Tien Eng, Dr Christopher Chong Eu Choong, Dr Lye Tuck-Po, Dr Azmil Tayeb, K Haridas dan Vince Tan.

READ MORE:  Longtime Turkish residents detained - and deported

David Yeoh telah dipilih sebagai oditor kehormat.

Ahli-ahli merakamkan penghargaan tinggi mereka kepada Francis dan Rama atas perkhidmatan mereka yang lama.

Dalam ucapannya, Francis menyatakan bahawa Aliran masih komited terhadap perjuangannya untuk Keadilan, Kebebasan dan Solidariti. Jamuan makan malam mengutip dana persatuan baru-baru ini telah membolehkan Aliran berdikari dari segi kewangan dan telah berjaya menjalinkan hubungan dengan kumpulan lain yang ada di Lembah Kelang

Penglibatan Aliran dalam Bersih 5 telah membolehkan ianya merapatkan hubungannya dengan pelbagai kumpulan masyarakat madani di Pulau Pinang yang sehaluan dengannya. Ia juga telah membantu persatuan ini mengembangkan peranan advokasi-aktivisnya. Melalu aktiviti online, termasuk laman aliran.com, Aliran telah berjaya membesarkan cakupan lebih luas dalam masyarakat, lebih-lebih lagi bagi mereka yang ada akses IT.

Selari dengan aktivisme ini, Aliran akan terus memainkan peranan sebagai penganalisis kritikal dan sumber wacana alternatif bagi pemahaman tentang perkembangan masa kini

Dr Mustafa K Anuar
Setiausaha kehormat
27 November 2016

(Visited 414 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here