Keputusan prosiding tatatertib #Malaya4 dikecam

0
Students partipating in a #TangkapMO1 protest rally - Photograph: @PutraREFORMASI

Aliran mengecam keputusan panel prosiding tatatertib Universiti Malaya (UM) terhadap #Malaya4.

Empat pelajar universiti tersebut, Anis Syafiqah, Muhamad Luqman Hakim, Suhail Wan Azahar dan Muhamad Luqman Nul Haqim, telah didapati bersalah berikutan aktiviti politik luar kampus mereka, khususnya penganjuran himpunan Tangkap MO1.

Aliran bersolidariti bersama anak-anak muda Malaysia yang perihatin ini.

Sejarah menunjukkan bahawa ini bukannya kali pertama golongan mahasiswa dikenakan tindakan disiplin berikutan aktiviti politik luar kampus. Dalam beberapa tahun ini pihak universiti awam bertindak tegas dalam menghukum mahasiswa-mahasiswi yang berkecimpung dalam aktivisme, seperti Adam Adli, Fahmi Zainol, Haziq Abdul Aziz, Safwan Anang, Khalid Mohd Ismath dan banyak lagi.

Tindakan Universiti Malaya sekali lagi telah menutup ruang perbincangan dalam dunia akademik dengan memijak kebebasan akademik dan intelektualisme dalam kalangan mahasiswa.

Aliran berpendapat jika universiti-universiti tempatan ingin maju dan berdaya saing dengan universiti lain yang terkemuka di dunia, mahasiswa dan mahasiswi haruslah dibenarkan berfikir dengan bebas dan melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan negara tanpa sekatan terhadap tindakan dan permikiran mereka.

Sekatan sebegini tidak sihat untuk memperkembangan pemikiran kritis dalam dunia akademik. Ianya hanya akan mewujudkan budaya ketakutan dalam dunia akademik.

Budaya ketakutan ini menyebabkan berlaku penapisan kendiri dalam penulisan, ekspresi dan tindakan mahasiswa dalam universiti dan menjejaskan kualiti pembangunan intelek dan kualiti pendidikan di universiti tempatan.

Aliran juga mengecam prosiding yang dilakukan secara tidak adil. Panel prosiding tatatertib seumpama memainkan peranan sebagai hakim, juri, pendakwa dan penghukum. Ini bercanggahan dengan prinsip keadilan asasi “nemo judex in causa sua” di mana seseorang hakim tidak boleh berada dalam keadaan pencanggahan kepentingan di dalam sesuatu kes yang diadilinya.

READ MORE:  Mengapa Auku harus ditolak: Kebebasan akademik adalah kunci kepada pendidikan berkualiti

Walau bagaimanapun, hukuman terhadap #Malaya4 belum lagi ditentukan dan difahamkan hukuman akan dimaklumkan secara betulis dalam masa 14 hari.

Aliran berharap #Malaya4 tidak akan didapati bersalah dan membuat rayuan terhadap sabitan mereka. #Malaya4 cuma melaksanakan hak mereka di bawah Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun.

Aliran menegaskan bahawa dalam pandangan rakyat Malaysia yang menjunjung demokrasi berparlimen, perbuatan mereka yang melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah perbuatan yang mulia, harus dipertahankan dan tidak bersalah di sisi undang-undang.

Solidariti untuk #Malaya4

Jawatankuasa eksekutif Aliran
12 Disember 2016

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments