Banglo Guan Eng, transaksi Taman Manggis: BN hipokrit, tanpa fakta

0
852

Sesiapapun boleh memilih untuk menjual hartanya pada sebarang harga yang dikehendakinya. Itu adalah prerogatif atau hak istimewanya.

Ianya boleh terjadi jauh di bawah nilai pasaran atau jauh melebihi harga pasaran. Itu adalah hartanya dan keputusannya sendiri. Ini bukanlah satu bentuk jenayah dan pemilik tersebut tidak melakukan sebarang jenayah dengan berbuat demikian.

Bagaimanapun, sekiranya harta tersebut dijual lebih rendah dari nilai pasaran bagi mendapatkan balasan dalam bentuk sogokan, barulah ianya menjadi satu perkara lain. Apapun bentuk sogokan yang diterimanya dari transaksi ini bukan sahaja akan menggantikan apa yang ia telah hilang dari penjualan tersebut, tetapi ia akan mendapat keuntungan yang lebih besar darinya.

Maka ini, tentunya akan melibatkan rasuah.

Ahli Parlimen Tasek Glugor, Shabudin Yahya, telah membayangkan unsur rasuah di dalam pembelian sebuah rumah yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Shabudin mendakwa bahawa pembelian rumah tersebut dalam tahun 2015 mempunyai kaitan dengan penjualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada syarikat persendirian, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) pada tahun 2012.

Dengan kata lain, ianya ditomahkan bahawa tanah Taman Manggis tersebut telah dijual di bawah harga pasaran dalam tahun 2012 supaya Guan Eng boleh mendapatkan banglo nya di bawah harga pasaran juga – selepas tiga tahun! iaitu 2015 – sebagai ganjaran kerana menjual tanah tersebut dengan murah.

Jika inilah sebenarnya yang terjadi – dan sekiranya perkara ini dapat dibuktikan secara konklusif – maka tidak ada persoalan lain lagi yang satu perlakuan rasuah telah berlaku.

Tetapi, adakah ini yang berlaku? Spekulasi semata-mata tidak akan menjadikannya satu fakta.

Duti setem perlu dibayar atas nilaian harta yang dibeli pada kadar 1% bagi RM 100,000 yang pertama, 2% bagi nilai seterusnya sehingga RM 500,000 dan 3% bagi yang selebihnya.

Penilaian dibuat oleh Jabatan Penilaian, sebuah agensi kerajaan. Sekiranya pembeli telah mengistiharkan suatu harga tertentu bagi harta tersebut tetapi Jabatan Penilaian meletakkan nilaian yang lebih tinggi, maka pembeli harus membayar peratusan yang lebih tinggi mengikut penilaian yang lebih tinggi itu, melainkan pembeli bersedia untuk mencabar penilaian tersebut di mahkamah.

Dalam kes ini, oleh kerana Jabatan Penilaian memutuskan bahawa harga pasaran harta tersebut adalah sepatutnya RM4.1 juta, pembeli terpaksa membayar RM39,000 lebih dalam bentuk duti setem atas perbezaan RM1.3 juta dari harga transaksi dan paras penilaian.

READ MORE:  Kes Guan Eng menunjukkan pembaharuan institusi tidak boleh ditangguhkan lagi

Tidak ada seorang pun yang pernah didakwa kerana meletakkan harga yang lebih rendah. Ia bukan suatu perbuatan jenayah. Dan ianya bukan satu isu pun.

Kembali kepada isu rasuah, kita diberitahu pembeli banglo tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, bukanlah pengerusi Lembaga Tender. Bahkan, beliau bukan ahlinya pun.

Dari fakta-fakta berkaitan yang diperolehi, tanah Taman Manggis telah dijual melalui tender terbuka yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri. Ini bermakna terdapat penender yang lain untuk membeli tanah tersebut. Jadi, jika begitulah keadaannya, siapa yang berhak menjadi pembeli yang sah?

Sudah tentulah ianya pembida tertinggi. Jika tanah tersebut telah dibeli secara sah melalui proses tender yang betul, bagaimana pula persoalan rasuah boleh timbul?

Adakah mahu digambarkan bahawa seluruh Lembaga Tender telah bersekongkol dan berpakat dengan ketua menteri untuk menjual sebidang tanah yang dimaksudkan ini kepada KLIDC dibawah harga pasaran? Adakah integriti seluruh ahli Lembaga Tender hendak dipersoalkan? Apakah asas untuk semua ini?

Apakah pembida-pembida lain dalam proses tender terbuka tersebut telah dipengaruhi supaya tidak menawarkan harga yang lebih tinggi supaya KLIDC boleh membeli tanah tanah tersebut pada harga yang ditawarkannya? Siapakah agaknya yang mempunyai pengaruh sedemikian? Adakah terdapat dalang yang mengawal proses tender terbuka tersebut?

Sekiranya keseluruhan proses tender dijalankan secara telus, bagaimana persoalan rasuah boleh timbul? Adakah ianya sesuatu yang direka-reka?

Apakah unsur rasuah telah dengan sengaja direka bagi membabitkan Guan Eng dalam pembelian banglo nya dibawah harga pasaran?

Jika Shabudin mempunyai bukti yang tidak dapat disangkal bagi menguatkan dakwaannya, beliau sepatutnya menyatakan nya diluar parlimen. Ia adalah satu tanggungjawab moral baginya. Kita seharusnya menyokong beliau – bahkan harus mendesaknya – untuk berbuat demikian.

Guan Eng, yang menolak semua dakwaan ini sebagai pembohongan, akan terpaksa menyaman Shabudin yang boleh mendedahkan semua bukti dimahkamah dan mengenakan Guan Eng. Sekiranya Shabudin ingin mengenakan Guan Eng kerana melakukan rasuah, maka ini adalah peluang keemasan baginya.

Sekarang, banyak sandiwara yang dibuat mengenai projek rumah mampu milik yang dirancang di Taman Manggis – tetapi tidak dilaksanakan – oleh bekas kerajaan BN. Sewaktu BN berkuasa, sepatutnya ia dengan mudah dapat menyiapkan projek perumahan bagi golongan miskin atas tapak ini. Tetapi nampaknya ia telah mensia-siakan peluang tersebut.

READ MORE:  Kes Guan Eng menunjukkan pembaharuan institusi tidak boleh ditangguhkan lagi

Dengan kehendak Tuhan, BN mendapat satu lagi peluang untuk menyiapkan projek perumahan ini. Ia mempunyai wang, kedudukan dan kesungguhan politik untuk menjayakan projek ini. Lebih dari itu, ia telah dengan angkuh merampas peluang ini dan dengan lantang mengumumkan bahawa ia akan membina rumah mampu milik di atas tanah ini.

BN menjadikan ini isu yang berapi dalam PRU 13, menghentam kerajaan Pakatan Rakyat kerana menjual 0.45ha (1.1ekar) tanah Taman Manggis dengan murah di bawah harga pasaran pada harga RM11.5 juta atau RM 232skp kepada sebuah syarikat persendirian. BN mendakwa harga tersebut sepatutnya sekali ganda dari apa yang dijual kepada syarikat tersebut.

Ini membuatkan ketua menteri menawarkan BN membeli tanah tersebut lebih dari RM22 juta atau RM450skp. Dengan berani sombongnya, ketua BN, Teng Chang Yeow, serta merta setuju untuk membeli tanah tersebut. Kos keseluruhannya ialah RM22,407,300.

BN terlalu bersungguh untuk membeli tanah ini untuk membina rumah bagi golongan miskin dan tanpa membuang masa membayar 1% wang kesungguhan sebanyak RM224,073 pada 3 Oktober 2012.

BN mempunyai wang yang melimpah ruah hinggakan ia membawa jumlah tersebut – hampir suku juta ringgit – dalam bentuk tunai bersama sebuah mesin pengira. Ketua Pemuda Negeri BN diiringi ketua pemuda MCA Pulau Pinang Tan Hing Teik dan ketua pemuda BN Tanjung H’ng Khoon Leng telah pergi ke pejabat ketua menteri untuk menyerahkan wang tersebut pada jam 11 pagi tersebut.

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan masuk oleh pengawal di Komtar. Pembantu Khas Ketua Menteri Faridah Hani M Yaacob, yang menemui kumpulan itu, menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak dapat menerima wang tunai tersebut dan meminta mereka memasukkan wang tersebut kedalam bank melalui Bendahari Negeri.

Pemimpin-pemimpin Barisan itu kemudiannya telah mendepositkan jumlah tersebut di sebuah cawangan Maybank di Komtar.

Ketua Pemuda Negeri BN Oh Tong Keong dengan tegas menyatakan bahawa bayaran tersebut menunjukkan betapa serius dan jujur nya BN negeri untuk membeli tanah tersebut.

“Kerajaan negeri tidak meminta bayaran 1%, tetapi jika kita tidak mengambil apa-apa tindakan, kerajaan negeri akan menuduh kita tidak bersungguh,” tambahnya.

BN Negeri mempunyai 30 hari untuk menyelesaikan bayaran penuh. Jadinya, baki berjumlah RM22,183,227 perlu dibayar sebelum 4 November 2012.

Kemudiannya, ketua pemuda BN Pulau Pinang Oh Tong Teong dengan megahnya mengiystiharkan, “Wang dan segalanya telah sedia. Kami telah berjaya mengutip baki RM22.18 juta dari penyokong-penyokong Barisan.”

READ MORE:  Kes Guan Eng menunjukkan pembaharuan institusi tidak boleh ditangguhkan lagi

Bila tiba 4 November, BN gagal melunaskan baki 99% bayaran. Kerajaan Pakatan Rakyat, dengan semangat ingin bekerjasama dengan BN, telah memberikan lanjutan tempuh selama sebulan bagi BN menyelesaikan obligasinya. Tetapi, obligasi ini tidak ditunaikan pada 4 December 2012 dan 1% wang kesungguhan itu pun dirampas.

BN mempunyai dua misi untuk disempurnakan:

  • menghalang kerajaan Pakatan dari menjual tanah Taman Manggis pada harga RM11.5 juta, yang pada hemat mereka di bawah harga pasaran, dan
  • memberikan makna sebenar atas keperihatinan besar mereka terhadap golongan miskin dengan membina rumah mampu milik atas tapak tanah ini.

Tetapi mereka telah menghancurkan kedua-dua misi tersebut, hingga membawa kepada persoalan tentang kejujuran mereka.

Setelah gendang perang dipalu mengenai tanah Taman Manggis, setelah menunjukkan kesungguhan untuk membeli tanah ini bagi membina rumah bagi golongan miskin dan setelah mengutip semua wang yang perlu bagi memuktamadkan penjualan, mengapa ianya dibatalkan? Wang bukanlah masalahnya, Jadi, apa masalahnya ?

Apa sudah jadi dengan semua keberanian?

Mengatur demonstrasi dan menuntut supaya rumah dibina atas tanah Taman Manggis hanya menunjukkan politik opportunis dan tidak sedikitpun menambah kredibiliti atau menunjukkan kejujuran mereka.

Apa yang diperkatakan oleh ketua pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abd Rahim kepada wartawan selepas perhimpunan 25 March 2016 di Taman Manggis – “Kami mahu melindungi kepentingan rakyat kerana mereka memerlukan tempat yang lebih selesa yang mereka miliki” – mempunyai lompang kosong mengenainya.

Pada 2013, BN berkubang dengan wang. Seorang yang tidak dinamakan dan tidak dikenali telah dengan secara misteri mendermakan RM2.6bn. Sebahagian kecil sahaja dari wang tersebut telah cukup untuk membina rumah mampu milik untuk golongan miskin jika terdapat kemahuan politik dan keinginan yang tulin untuk membantu yang miskin.

Tetapi, RM1.5bn telah ditaburkan tanpa peduli untuk membeli dan merasuah pengundi bagi mengekalkan kuasa.

BN, kamu mengkhianati kata-kata kamu; kamu mengingkari janji; kamu tidak menunaikan niat suci kamu.

Kamu bukan sahaja kedengarannya kosong dan hipokrit apabila kamu menyatakan keperihatinan kamu kepada golongan miskin tetapi kamu telah buktikan bahawa kamu adalah kosong dan hipokrit kerana tidak menunaikan janji suci kamu!

P Ramakrishnan
Ahli jawatankuasa Aliran
28 Mac 2016

Diterjemahkan oleh keadilandaily.com

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of