Aliran mengutamakan jangkauan digital, penyelidikan tentang isu-isu semasa

0
no views
Presiden Aliran Dr Francis Loh berucap

Setelah Aliran meraikan peralihan dari majalah Aliran Monthly yang berumur 33 tahun ke aliran.com, ahli-ahli di Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ke38 Aliran pada 23 November berbincang tentang bagaimana kumpulan ini boleh menjalankan banyak penyelidikan tentang isu-isu semasa.

Presiden Aliran Dr Francis Loh berucap
Presiden Aliran Dr Francis Loh berucap

MAT itu juga menguatkan lagi cadangan untuk menubuh satu unit penyelidikan bagi menyediakan data yang boleh dipercayai mengenai isu-isu sosio-ekonomi dan politik semasa seperti GST, ketidaksamaan pendapatan, hubungan persekutuan-negeri dan hubungan etnik-agama yang meruncing.

Ini adalah antara perkara yang diketengahkan dalam perbincangan MAT.

Mantan profesor politik Dr Francis Loh mengekalkan kedudukannya sebagai presiden Aliran. Begitu juga halnya dengan Dr Mustafa K Anuar, Henry Loh dan Anil Netto yang masing-masing mengekalkan kedudukan setiausaha kehormat, pembantu setiausaha kehormat dan bendahari kehormat mereka.

Ahli-ahli di MAT juga melantik individu-individu berikut ke dalam jawatankuasa eksekutif: P Ramakrishnan, Dr Prema Devaraj, Andrew Wong, Dr Andrew Aeria, Ridfan Abdul Hamid, Dr Faisal S Hazis, Dr Ngu Ik Tien, Prof Zaharom Nain, Sarajun Hoda Abdul Hassan, Dr Christopher Chong Eu Choong dan Joel Gurprit Singh.

Dr Subramaniam Pillay dilantik sebagai auditor kehormat.

Dalam ucaptamanya, Loh mula membincangkan perkembangan yang membimbangkan seperti penggunaan Akta Hasutan kebelakangan ini untuk menangkap dan mendakwa ketua-ketua barisan pembangkang dan cendekiawan dan ahli akademik yang bebas.

Dia juga melafazkan kebimbangannya tentang ketiadaan resolusi terhadap konflik antara undang-undang Syariah dan sivil, walaupun kes rampasan mayat dan pertelingkahan tentang penjagaan kanak-kanak timbul lebih daripada 10 tahun yang lalu.

Walaupun keadaan kelihatan merosot, namun beliau merasakan ada tren positif yang menghala ke arah Politik Baru seperti terbukti dalam PRU13 tahun lepas dalam bentuk kerancakan pergerakan sosial dalam pemantapan sfera awam yang berautonomi.

READ MORE:  Francis Loh - Doing cutting-edge social sciences

Walaupun majalah Aliran Monthly telah berhenti penerbitannya, Loh merasakan idea alternatif yang terkandung dalam majalah itu masih berkekalan disebarkan melalui media digital dan sosial dan juga melalui penerbitan tak berkala. Inilah merupakan rasional bagi unit penyelidikan ini yang akan terus membuat analisis terhadap tren-tren semasa.

Dr Mustafa K Anuar
Setiausaha Kehormat
23 November 2014

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments