Pilihan raya 2022: Media bukan burung kakak tua – Geramm

Media bukan burung kakak tua.

Tugas media adalah untuk bertanya, bukan hanya mendengar secara sehala dan melapor sesuai ‘selera’ yang punya acara.

Memasuki minggu kedua tempoh berkempen bagi pilihan raya umum 2022, Gerakan Media Merdeka (Geramm) menerima aduan tentang sesi sidang media Suruhanjaya Pilihan Raya yang diadakan di Putrajaya.

Terutama, tidak ada ruang diberikan kepada media yang hadir untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak pengurusan SPR berhubung hal-hal berkaitan proses pilihan raya umum.

Difahamkan sehingga kini SPR telah mengadakan dua sesi sidang media, pertama untuk mengumumkan tarikh-tarikh penting dan seterusnya pengesahan jumlah calon-calon yang bertanding.

Perlu diingatkan SPR mempunyai peranan penting sebagai sumber maklumat rasmi tentang proses pilihan raya, sementara media bertugas untuk menyalurkan maklumat yang tepat.

Kegagalan atau keengganan SPR untuk membuka ruang bagi media mendapatkan penjelasan lanjut akan berpotensi untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat, sekali gus melemahkan sistem demokrasi.

Antara lain, sehingga kini pihak SPR masih belum memberi sebarang penjelasan berkenaan prosedur mengundi bagi mana-mana individu yang disahkan positif Covid, susulan kenyataan dari ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah semalam.

Geramm menegaskan tidak ada keperluan untuk menjemput media hadir secara fizikal sekiranya pihak SPR enggan melayan sebarang pertanyaan.

Cukup dengan menghantar kenyataan bertulis atau sesi live online, akan lebih menjimatkan masa semua pihak.

Pada masa yang sama, pihak pengurusan SPR turut boleh mengambil langkah proaktif untuk menyenaraikan soalan-soalan dari pihak media atau isu-isu dibangkitkan oleh pengundi. – Geramm

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments