Bengkel kesedaran demokrasi bersama belia Sarawak

bengkel-demokrasi

Selari dengan pelaksanaan polisi Undi 18 dan pendaftaran pengundi secara automatik dianggarkan bermula Julai 2021, Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rise of Social Efforts atau Rose) telah melancarkan satu inisiatif pendidikan pengundi khas untuk anak muda Sarawak yang akan mencapai umur kelayakan ataupun yang akan mengundi untuk kali pertama pada pilihan raya yang akan datang.

“Bengkel yang diberi tajuk Bengkel Kesedaran Demokrasi Bersama Bersama Belia Sarawak 2020/2021. Objektif pihak kami ialah untuk memberikan pendidikan kepada peserta berkenaan sistem pentadbiran negara dan kepentingan pengelibatan belia sebagai warganegara Malaysia mahupun sebagai anak Sarawak, dalam proses demokrasi dan termasuk sebagai pengundi semasa pilihan raya,” kata jurucakap Rose.

Sesi pertama bersama ahli belia Abim dan Ikram telah berjaya diadakan di Kuching dan Kota Samarahan. Majoriti peserta dibawah 20 tahun ke bawah. Penyertaan dari kumpulan ini sangat memberangsangkan dan semua terlibat secara aktif dalam dua activiti main peranan termasuk simulasi pilihan raya. Satu peserta memberi pandangan bahawa bengkel memberi pencerahan mengenai sistem raja berperlembagaan Malaysia dibawah sistem demokrasi Westminister.

Seterusnya Rose mengadakan bengkel ini secara roadshow ke beberapa daerah tengah dan utara Sarawak iaitu, di Sibu (19 Disember 2020), Miri (3 Januari 2021), Mukah (9 Januari 2021), Samarahan (16 Januari 2021), Kuching (17 Januari 2021) dan akhir sekali di Betong (23 Januari 2021). Bengkel bermula pukul 9 pagi hingga 3 ptg.

Kita harap anak-anak muda dari daerah luar bandar juga berpeluang datang menyertai bengkel yang interaktif dan menarik ini.

Menurut jurucakap Rose, penyertaan dalam bengkel tersebut adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan. Beliau turut menambah bahawa mana-mana belia berusia 15 hingga 30 tahun tidak kira latar-belakang, pelajar ataupun sudah bekerja, amatlah dialu-alukan untuk menyertai bengkel tersebut. Mana-mana kolej pengajian/kemahiran, institusi pengajian tinggi, badan bukan NGO seperti persatuan setempat, gereja atau organisasi berasas agama jika minat boleh daftarkan pelajar atau muda-mudi mereka.

READ MORE:  Myanmar military must stand down - UN special rapporteur

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel tersebut, anda boleh mendaftar dengan melengkapkan borang penyertaan. Lokasi dan masa bengkel adalah tertera di borang penyertaan tersebut.

Menurut jurucakap Rose lagi, jumlah peserta untuk bengkel ini adalah terhad dan menasihatkan mana-mana belia yang berminat untuk menyertai bengkel ini untuk mendaftarkan diri secepat mungkin.

Akhir sekali, jurucakap Rose mempelawa belia-belia Sarawak untuk bersama-sama menyertai bengkel ini demi mempelajari ilmu pengetahuan baharu dan meningkatkan kesedaran diri tentang demokrasi negara.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.