Struktur dan mandat Jawatankuasa Khas untuk Pilihan Raya perlu diperkukuhkan (BM/ENG)

0
68
Photograph: Wikimedia Commons

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengalu-alukan pengumuman daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Liew Vui Keong bahawa Jawatankuasa Khas parlimen untuk Pilihan Raya telah dibentuk selepas usul pembentukan itu lulus di Dewan Rakyat bersama tiga lagi jawatankuasa khas iaitu hak asasi manusia dan urusan perlembagaan; hubungan antarabangsa dan perdagangan; serta sains, inovasi dan alam sekitar.

Kami juga ingin memberi kredit kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof dalam menerajui reformasi parliament yang amat penting ini.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan bertarikh 9 September 2018 kami telahpun mencadangkan kepada kerajaan agar membentuk jawatankuasa khas parlimen pilihan raya selain daripada Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC).

Kedua-dua badan ini mempunyai tugas yang berbeza di mana jawatankuasa khas parlimen akan mempunyai mandat yang lebih besar dari sudut perundangan kerana bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen serta penting untuk memudahkan proses melaksanakan cadangan-cadangan reformasi pilihan raya daripada ERC. Selain daripada itu, Jawatankuasa Khas Parlimen untuk Pilihan Raya juga memainkan peranan periksa dan timbang yang amat penting kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sehubungan itu, Bersih 2.0 sekali lagi ingin mencadangkan beberapa perkara kepada pihak kerajaan sebagai panduan bagi pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen Pilihan Raya ini:

Struktur jawatankuasa

Jawatankuasa Khas Parliament Pilihan Raya ini perlu menjadi satu jawatankuasa khas parlimen yang tetap agar peranan periksa dan timbang jawatankuasa ini terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya dapat dijalankan sepanjang tahun.

Jawatankuasa ini perlu dianggotai oleh parti politik daripada pihak kerajaan dan pembangkang berdasarkan nisbah bilangan kerusi parti di dalam Dewan Rakyat.

Kami juga mencadangkan agar model jawatankuasa khas parlimen di Australia sebagai model di mana ahli parlimen daripada pihak kerajaan menjadi pengerusi dan timbalannya daripada ahli parlimen pembangkang.

READ MORE:  Ban m-word and c-word from electoral campaigns

Sebagai kriteria untuk pemilihan ahli-ahli jawatankuasa khas ini, mereka yang dipilih mesti mempunyai pengetahuan, pengalaman dan berkepakaran dalam urusan pilihan raya dan telah menunjukkan komitmen kepada reformasi pilihan raya.

Mandat dan kuasa jawatankuasa

Mandat jawatankuasa ini perlu memasukkan perkara berikut:

  • Menerima, menyemak dan membahaskan laporan tahunan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya termasuklah laporan khusus selepas pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.
  • Menerima, meneliti dan memeriksa laporan kewangan dan perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya termasuklah selepas pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.
  • Melaksanakan siasatan berkaitan sebarang isu berkenaan pilihan raya apabila perlu dengan kuasa untuk mensapina saksi-saksi bagi memberikan keterangan dan bukti-bukti bagi isu yang dibangkitkan. Siasatan ini juga perlu dilakukan secara terbuka kepada orang umum dan disiarkan secara langsung di televisyen ataupun di laman web Parlimen sebagaimana siaran perbahasan parlimen.
  • Menyemak sebarang undang-undang dan pindaan undang-undang berkenaan pilihan raya sebelum dibentangkan dan dibahaskan di dalam Parlimen melalui proses libat urus untuk semua pihak yang berkepentingan, terutamanya parti-parti politik dan masyarakat madani.
  • Memberi cadangan-cadangan bagi reformasi sistem, amalan dan undang-undang pilihan raya.
  • Memanggil ahli yang berkepakaran daripada dalam ataupun luar negara bagi mendapatkan pandangan ketiga terhadap sesuatu isu berkaitan sistem, pelaksanaan dan undang-undang pilihan raya

Berdasar kepada struktur dan mandat yang dihuraikan di atas dan sebagai tugasan pertama, Bersih 2.0 mencadangkan Jawatankuasa Khas parlimen untuk Pilihan Raya untuk menjalankan siasatan terhadap persempadanan pilihan raya yang dilakukan dalam tempoh 2016-2018 oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum pilihan raya umum tahun lalu.

Bersih 2.0 sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Parlimen kerana telah membentuk jawatan khas Parlimen yang fundamental dalam perjalanan demokrasi dalam negara kita dan ini adalah satu perkara yang baik serta perlu dibentuk dengan serius, jujur dan dengan penuh integriti.

READ MORE:  Open select committee meetings way to go

Diharapkan dengan terbentuknya Jawatankuasa Khas parlimen untuk Pilihan Raya ini, institusi Parlimen serta institusi pilihan raya negara kita dapat diperkukuhkan serta dipertingkatkan kedudukannya selari dengan negara-negara maju seperti di UK dan Australia yang seringkali menjadi model pengurusan pilihan raya yang bebas, bersih dan adil.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Clarify structure, mandate of Special Select Committee on Elections

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) welcomes the announcement made by the Minister in the Prime Minister’s Department (Law) Liew Vui Keong that a parliamentary Special Select Committee for Election has been formed after the motion passed in Parliament on 17 October along with three other special select committees on human rights and constitutional affairs; international relations and trade; and science, innovation and the environment.

We would like to laud the effort of Parliament Speaker Mohamad Ariff Md Yusof in spearheading this important parliamentary reform initiative.

In a statement dated 9 September 2018, Bersih 2.0 had proposed that the government establish a parliamentary select committee on elections besides the Electoral Reform Committee.

The two bodies have different functions. The select committee will have a greater mandate on election law-making as it is directly responsible to Parliament and will help to facilitate the process of implementing electoral reform proposals from the Electoral Reform Committee. More importantly, the Special Select Committee on Elections will play a crucial role in providing checks and balances on the Electoral Commission.

In this regard, Bersih 2.0 would like to suggest some guidelines to the government for the establishment of this Special Select Committee on Elections:

Committee structure

The Special Select Committee on Election must be a permanent standing parliamentary select committee in order to play the role of providing checks and balances on the Electoral Commission throughout the year.

READ MORE:  Hadkan kuasa PM untuk campur tangan dalam pusat pencegahan jenayah kewangan nasional (BM/ENG)

The committee should be made up of members of Parliament from both the ruling and opposition parties based on the number of party seats in the Parliament. The committee may follow the Australian model, where the chair is from the ruling party and the deputy is from the opposition.

Committee members to selected to sit in this committee should have knowledge, experience and expertise in election matters and have must shown a commitment to clean, free and fair elections.

Committee’s mandate and power

The mandate of this committee should include the following:

  • To receive, review and debate annual reports from the Electoral Commission including reports for general elections and by-elections.
  • To scrutinise the Electoral Commission’s financial and expenditure reports including those for general elections and by-elections.
  • To conduct an inquiry on any matters related to elections and when necessary, it should have the power to subpoena witnesses to testify and provide evidence in relation to the issues. These investigations should also be made public and be televised or broadcast on parliamentary websites.
  • To review any law and amendment to the election law before it is tabled and debated in Parliament by engaging with all stakeholders, especially political parties and civil society organisations.
  • To provide recommendations for electoral reform, practice and law.
  • To engage with local or foreign experts for a third opinion on issues related to the electoral system, implementation and electoral law.

Bersih 2.0 once again congratulates Parliament for establishing an important select committee that is fundamental in paving the way for a healthy democracy in our country and which should be established in a serious and honest manner with integrity.

Hopefully, with the establishment of the Special Select Committee on Elections, our parliamentary and electoral institutions can be strengthened and enhanced to be on par with other developed countries such as the United Kingdom and Australia, which are often held up as models of free and fair elections.

Bersih 2.0 steering committee

(Visited 68 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of